Monday, August 10, 2009

Andai Usiaku Pendek

Melankolik pula di petang2 hujan begini..
Tiba2 aje terdetik persoalan untuk muhasabah diri, zikr al-maut..Kadang-kadang terdetik dalam diri, what if I don't live long? My dad passed away at the age of 38. That is about 8 months for me to reach the number. Tak sampai pun setahun.


Tidak ada siapa tahu berapa banyak modal usia yang dimiliki. Berapa lagi baki umur yang tinggal setiapkali hari dan minggu silih berganti, bulan bertukar, tahun berubah..

Memerhati kronologi kes kematian H1N1 cukup menginsafkan. Dalam sekejap sahaja, orang sihat mendapat mild symptom kemudian bertukar kepada moderate, kemudian berubah kepada severe, dan akhirnya meninggal. Ironinya mereka di hospital, namun doktor juga tidak mampu memberikan diagnosis pantas.. Soon after they found out, mangsa dah kritikal.

Membaca blog2 cancer survivor terutamanya Raden Galoh memang menginsafkan. Banyak mengajar tentang makna kematian. Ketabahan, redha, semangat juang untuk meneruskan hidup namun tetap pasrah kepada taqdir yang ditetapkan. Taqdir yang masih menjadi rahsia.. Belum tentu yang sakit pergi dulu daripada yang sihat. Belum tentu yang tua pergi dulu daripada yang muda..

Andai usiaku tidak panjang, apa yang akan jadi penerus amalan?
Banyak mana sedekah jariahku?
Banyak mana ilmu yang bermanfaat yang telah disampaikan?
Anak soleh yang mendoakan?

Banyak mana je ibadat solat ku, puasa ku, zakatku..Adakah sempurna segala yang wajib? Macamana dengan ibadah nawafil yang selalu tak terbuat? Adakah semua diterima, ada tak yang ditolak? Adakah semua bersih dari unsur ujub dan riya'?

Macam mana pulak dengan timbunan dosa yang ada? Dosa besar? Dosa kecil? Cukupkah taubatku? Diterimakah? Kesalahan dengan ALlah? Kesalahan dengan manusia? Adakah mereka telah memaafkan diri ini?

Apa je yang dibuat sepanjang usiaku ini..? Demi masa, sesungguhnya manusia berada dalam kerugian..

Aduuh, tak sanggup nak fikirkan lagi pasal ni.. Kalau rekod depan mata, pastinya banyak yang gagal bertanda merah..

Apapun, lambat atau cepat tak penting. Yang penting ialah persediaan untuk ke sana. Apakah saving dan investment yang ada untuk bekalan hidup di sana? Jangan hanya membuat financial plan lengkap, menghitung2 investment untuk membeli rumah, mengumpul harta, retirement plan semata2 . Yang terlebih penting, investment untuk kehidupan di sana.

Ya Allah, hambaMu ini belum bersedia..
Ya Allah, matikanku dalam husn al-khatimah
jangan matikan ku dalam su' al- khatimah


Thursday, March 19, 2009

Lidah: Lembut tapi Tajam

Lidah adalah organ yang dapat menentukan rasa. Lidah juga organ yang membantu pertuturan. Lembut tapi dalam masa yang sama ianya tajam dan boleh melukakan.

Ada seorang A’rabiy meminta wasiat daripada Nabi : Sabda Nabi : “Bertaqwalah kepada Allah, jika ada orang yang mencela kekuranganmu, maka jangan kau balas dengan mencela kekurangannya. Maka dosanya ada padanya dan pahalanya ada padamu. Dan janganlah kamu mencaci maki siapapun. Kata A’rabiy tadi : “Sejak itu saya tidak pernah lagi mencaci maki orang”. HR. Ahmad.

Wednesday, February 04, 2009

SOLAT ISTIKHARAH

Tadi ada yang sms bertanya bagaimana cara nak solat istikharah. Solat istikharah adalah solat sunat yang dilakukan untuk memohon agar Allah memberi petunjuk untuk kita membuat pilihan dalam urusan kita. Selalunya dilakukan dalam urusan pemilihan jodoh. Tetapi sebenarnya solat istikharah ini sepatutnya dilakukan untuk setiap urusan penting kita, bukan setakat urusan perkahwinan. Bak sabda Nabi Muhammad s.a.w: Tidak akan menyesal orang yang beristikharah dalam menentukan urusannya.


Cara

Sepertimana solat sunat biasa. Dua rakaat. Boleh dilakukan pada bila2 masa (sebaiknya tidak dilakukan pada waktu2 yang diharamkan utk solat sunat).

Niat: Sahaja aku menunaikan solat istikharah 2 rakaat kerana Allah ta'ala.

Bacaan: rakaat pertama: Al-Fatihah dan al-Kafirun
rakaat kedua: Al-Fatihah dan al-Ikhlas

(Boleh juga dibaca surah2 lain selain yang disebutkan selepas membaca al-Fatihah. Kalau tak hafal, baca al-Fatihah aje pun memadai)

Selepas memberi salam, beristighfar dan membaca al-Fatihah, hendaklah dibaca doa ini:

Doa Solat Istikharah


Ya Allah, hamba memohon agar memilihkan untukku mana yang baik menurut ilmuMu dan hamba memohon kepastian dengan ketentuanMu dan hamba memohon dengan kemurahanMu yang agung. Kerana sesungguhnya Engkau sahaja yang Maha berkuasa sedangkan hambaMu ini tidak mempunyai kemampuan . Engkau Maha Mengetahui sedangkan hambaMu ini tidak mengetahui.. Dan Engkaulah Tuhanlah Yang Maha Mengetahui segala sesuatu yang tersembunyi.


Ya Allah jika Engkau mengetahui bahawa urusan ini terbaik buatku dalam perkara agamaku, penghidupanku di dunia dan kehidupan akhiratku, maka taqdirkanlah dan permudahkanlah ianya untukku serta curahkanlah melaluinya keberkatan bagiku.

Sebaliknya jika Engkau mengetahui bahawa urusan ini bukannya yang terbaik buatku dalam perkara agamaku, penghidupanku di dunia dan kehidupan akhiratku, maka jauhkanlah ia daripada ku, dan jauhkan aku daripadanya. Takdirkanlah yang terbaik buatku. Kurniakanlah kebaikan di mana saja ia berada dan jadikanlah aku ini orang yang redha atas ketentuanMu.