اللَّهُمَّ أْجُرْنِي فِي مُصِيبَتِي وأَخْلِفْ لِي خَيْرًا مِنْهَا
"Allahumma ajurnii fii musibatii wakhlifli khoironminha." [O Allah! Reward me for my loss and give me what is better than it.]
Tetapi bila kalbu dicuci, menagih redha Allah saja Akal diasah selalu, dipimpin pula muaddib mulia Fikiran kan terbuka, yang terkusut terlerai jua Diri mendaki tinggi mencapai Makna, jelas perkara Anugerah Allah ke dalam jiwa gigih berusaha (Prof Dr. Wan Mohd Nor Wan Daud, Mutiara Taman Abadi)
Monday, October 25, 2010
Wednesday, August 25, 2010
Renung Nilai Amalan Di Separuh Pertama Ramadan
Sahur. Buka. Sahur. Buka. Sedar tak sedar malam ni dah malam ke 16 kita dikurniakan rahmat untuk menyambut Ramadan al-Mubarak. Kalau di tempat kerja, kita sibuk dengan KPI, di bulan Ramadan ni juga kita perlu menilai KPI amalan kita. Mumtaz? Jayyid jiddan? Jayyid? Maqbul? Rusub? Walaupun Penilai sebenar ialah Allah yang menjadikan Ramadan istimewa untuk hamba-hambaNya, kita juga boleh menilai sejauh manakah prestasi kita di separuh pertama Ramadan. Adakah kita telah mencapai kesemua perancangan yang kita buat menjelang Ramadan? Adakah masih tip top, semakin menurun, semakin menaik atau masih di takuk yang sama?
Atau kita cuma ghairah dengan offer2 dan sale menjelang raya? Sibuk dengan kuih muih raya? Sibuk dengan merancang makanan berbuka?
Bagaimana puasa kita? Puasa sekadar lapar dan dahaga? Atau puasa yang benar2 mengekang nafsu, mendidik jiwa kembali kepada fitrah sebagai hambaNya?
Bagaimana ibadah kita? Berapa kali kita miss terawih? Berapa kali miss witir? Berapa kali bersolat sunat tahajud, taubat, hajat?
Bagaimana tadarus al-Quran kita? Berapa juzuk yang telah dibaca? Sempatkah khatam sebelum raya?
Bagaimana infaq kita? Sudahkah kita mengeluarkan zakat dan sedekah?
Bagaimana dengan doa kita? Adakah kita bermunajat setiap malam dan siang, memohon Allah kurniakan keampunan untuk kita, ibu bapa, keluarga dan orang2 Islam? Adakah kita memohon dihindarkan daripada azab api neraka? Adakah kita meluahkan pengharapan dan permintaan kita kepada Allah atau kita masih berhati keras, masih sombong dengan Allah?
Ramadan dah tak lama bersama kita. Manfaatkanlah ia sebelum kita rugi dan rasa menyesal.

Friday, August 20, 2010
Monday, July 05, 2010
ESQ 165
Seorang teman yang pernah menghadiri ESQ 916 nampaknya tidak berpuas hati dengan fatwa yang dikeluarkan oleh Dato' Mufti Wilayah2 Persekutuan. Dia minta saya bagi pandangan. Macam mana saya nak bagi pandangan tentang sesuatu perkara yang saya tidak begitu tahu, tak pernah menghadiri kursus tu pun.. Pernah search dulu2 tapi tak banyak maklumat yang diperolehi. Yang saya tahu yurannya agak mahal, tetapi berpatutan dengan gaya seminar yang agak grand dengan trainers yang ramai...
Kawan saya minta saya hadir ESQ, tapi rasanya dua link yang saya beri di bawah ini sudah cukup untuk memberikan penjelasan tentang ESQ 165. Sila baca kedua2nya sekali, jangan baca salah satu:
Subscribe to:
Posts (Atom)