9 September 2011, lebih kurang seminggu sebelum Kursus Perdana, badan saya terasa sangat sejuk menggigil hinggakan dua kali saya terjaga dari tidur. Memandangkan tersangat letih kerana siangnya saya menghadiri seminar di Kuala Lumpur, dan sewaktu nak pulang, bateri kereta pulak konk; saya tak endahkan..
Esoknya saya demam panas sehingga menggigil. Dua hari berkeadaan macam tu. Demam kali ni memang pelik sebab tiada simptom-simptom biasa seperti sakit tekak atau hidung berair. Saya hilang selera makan, cuma minum air.. Itupun tak banyak, sekadar memaksa diri..
Antara yang terlintas di kepala, "Ya Allah, kurniakan daku kesihatan yang terbaik sewaktu beribadah di Tanah Suci, berikanlah kekuatan dan permudahkanlah untuk daku beribadah..". Mudah2an demam ini menjadi kaffarah dosa sebelum ke Tanah Suci, mudah2an saya sihat walafiat sepanjang berada di sana..
Untuk bekalan di Tanah Suci, saya sediakan beberapa supplement dan ubat-ubatan biasa..Nampak banyak, tapi harapnya saya tak perlu gunakan ubat2 tersebut. Mudah2an saya dapat membantu jemaah2 yang lain yang memerlukan dan ianya menjadi amal kebaikan buat saya..
Supplements yang saya ambil:
1. Pharmaton Caplets with Selenium
2.Evening Primrose Oil
3. Esberitox - herba untuk mencegah dan melegakan selesema
4. Vitamin C
5. Green Tea Colostrum
Ubat-ubatan Tambahan:
Batuk dan Sakit Tekak
1. Ubat Batuk Cap Ibu dan Anak
2. Dexcophan Tablet untuk dry cough
3. Mucinex Expectorant untuk batuk berkahak
4. Difflam Lozenges untuk sakit tekak
5. Herbal Candy Cap Ibu dan Anak untuk sakit tekak
Diarrrhoea
1. Loperax untuk tahan buang2 air
2. Oral Rehydration Salts
3. Ultracarbon Tablet
4. Novomin Tablet untuk tahan muntah
Selesema
1. Aerius Tablet
Lain-lain
1. Burnol Antiseptic Cream
2. Yu Yee Oil
3. Ibuprofen- pain killer
4. Sterimar untuk Nasal Hygiene
4. Nexcare Bandages Trans Strips
Update note: Berdasarkan pengalaman sewaktu mengerjakan haji melalui muassasah TH pada 1432H, saya buat kesimpulan tak perlu bawa ubat2 yang banyak ni terutamanya bagi jemaah yang pergi melalui TH dan THTS. Sebabnya dah ada klinik di bangunan hotel masing2. Klinik Kesihatan Arab pun ada berdekatan dengan hotel yang saya tinggal. Cuma sewaktu di Madinah, klinik hanya ada di hotel yang menjadi ibupejabat zon. Tapi itu pun dekat dengan hotel2 yang lain. Tapi bagi jemaah haji yang dibawa pengelola jemaah haji (PJH), kalau malas nak keluar ke hotel2 TH, bolehlah bawa ubat2 yang disenaraikan ni.. Kalau nak jimat duit, pergi aje ke klinik TH. Bukan jauh pun.. Kalau untuk jemaah umrah, bawalah.. klinik kat sana banyak, tapi dengar2nya cajnya agak mahal..
Supplementary, vitamin, minyak urut tu bawaklah sendiri. Kalau kat Malaysia, dah under medication pun, bawalah sendiri ubat siap2.. Ubat2 yang memang betul2 digunakan masa kat sana ialah ubat selesema, ubat batuk dan ubat sakit tekak.. Tu penyakit biasa kat sana, ada orang yang serius sampai menghalang untuk beribadat kat masjid.. Ubat sakit tekak bawalah banyak2 , untuk keggunaan sendiri dan juga disedekahkan pada jemaah2 lain di masjid..Sterimar nasal spray tu memang digalakkan beli, kalau ada duit lebih.. Ini penjagaan untuk elak selesema dan juga mengelak pendarahan hidung.. Sama juga dengan esberitox..Kalau ada duit lebih, belilah..