Monday, February 28, 2011

Tabungan Haji

Saya mula membuka tabungan di Tabung Haji (TH) sewaktu di sekolah menengah. Masa tu kakitangan TH datang ke sekolah. Kami cuma perlu isi borang. Tak ingatlah, berapa yang saya deposit pada peringkat awal tu.. Memang rasa bangga masa tu sebab dah ada akaun TH. Perasan macam dah dewasa, almaklum masa zaman saya tu, yang pergi haji selalunya orang tua... Kebetulan dalam adik beradik, saya jadi orang pertama yang menyimpan. Haa... sesuailah sebagai anak sulong, menjadi perintis jalan... Lepas saya menabung di TH, almarhumah Ma pun mula buka akaun untuk kesemua anak2nya.. Duit pencen almarhum ayah (meninggal di usia 38 tahun sewaktu saya berumur 13 tahun) dimasukkan terus ke akaun TH, sebanyak RM30 untuk setiap anak.

Kemudiannya saya teruskan tabungan dengan mengisi borang TH di pejabat pos. Nak pergi pejabat TH kat KB, susah.. Almaklum, masa tu belum ada lesen memandu... Dah masuk universiti pun saya gunakan pejabat pos juga untuk tujuan menambah simpanan TH. Selalunya saya akan ambik borang banyak2 untuk disimpan kat bilik. Bila pi pejabat pos, saya bawa je borang yang siap diisi. Jimat sikit masa menunggu giliran beratur.. Sekarang ni lagi senang, boleh guna online banking, potongan gaji. Agen2 kutipan pun dah banyak. Dulu2 post office je, sekarang ni hampir semua bank boleh: Bank Muamalat, Bank Islam, CIMB, AmBank, Bank Rakyat, EON Bank, Maybank, RHB, BSN, Public Bank...Jadi tak de alasan lagi untuk kita tak konsisten menabung.

Sekali pandang, mungkin RM30 ni sikit sangat tapi untuk pengetahuan anda, dengan duit RM30 setiap bulan ni lah akaun kami adik beradik cukup untuk membiayai haji.. Tapi, ada di antara mereka ni yang terpaksa korek duit TH untuk belanja kahwin.. Macam saya, pertama kali usik, untuk bayar baki pinjaman JPA waktu buat ijazah pertama. Tu pun sebab saya sednag belajar peringkat M.A, belum lagi bekerja.. Mana nak korek duit untuk bayar pinjaman. Masa tu memang air mata mengalir.. Memang marah2 sendiri kat JPA, kerana tak lupuskan pinjaman menjadi biasiswa sedangkan saya mendapat 1st class. Sehingga terpaksa keluarkan duit TH. Pada saya, duit TH ni memang terasa seperti sacred, macam tak boleh nak usik kecuali untuk keperluan haji. Tapi nak buat macam mana, hutang mesti dibayar walaupun tak diminta..

Tapi Allah Maha Pemurah.. Rezeki tetap ada.. Ada je lebih, saya akan masukkan ke TH. Tak kira berapa.. Lepas kerja, saya buat potongan gaji setiap bulan.. Alhamdulillah, dah lama tabungan saya melebihi daripada cukup untuk keperluan haji. Since ada lebih, sesekali time terlalu terdesak saya keluarkan juga tabungan tapi tidak akan sekali2 usik tabungan untuk keperluan haji..


Sebelum tu, adakah anda tahu, minimum untuk buka akaun di TH cuma RM2. Budak belum masuk tadika pun dah boleh start menyimpan. Bawa IC je, kalau anak2 bawah 12 tahun kena bawa surat beranak. Untuk pendaftaran haji, anda hanya perlu ada minimum RM1300 dalam akaun. Mendaftar secara online pun boleh. Klik je di sini. Sementara menanti giliran kuota, in sha' Allah tabungan anda mencukupi untuk membiayai haji. Tau tak, kalau anda mendaftar sekarang, anda terpaksa menunggu giliran 15-20 tahun? ( Tulisan ni ditulis tahun lepas sewaktu saya berstatus standby. Maklumat terbaru yang saya perolehi melalui kawan yang mendaftar pada Julai 2011, gilirannya 40 tahun lagi). Lamaaa tuuu.. Jadi, segeralah menabung dan jangan lupa mendaftar!

Kos untuk muassasah TH adalah seperti berikut:

TEMPAT BERLEPASDEWASA (15 tahun ke atas)15 tahun ke bawah
Semenanjung MalaysiaRM 9,980.00RM 9,011.00
SabahRM 10,110.00RM 9,141.00
SarawakRM 10,065.00RM 9,096.00


Sumber: TH

Kos untuk Pakej Tabung Haji Travels and Services pula ada macam2, tapi kadang2 berubah tertakluk kepada perubahan harga tiket penerbangan dan hotel. Nak pilih yang mana tu , bergantunglah kepada kemampuan dan keperluan:

Pakej Delima (di Hotel Seville Barakat 600m dari Masjidil Haram selama 30-45 hari)
  • 5-6 orang sebilik =RM 19,990
  • 3-4 orang sebilik =RM 23,990
Pakej Firdaus ( di Hotel Firdous Palace, 200m dari Masjidil Haram selama 30-45 hari)
  • 5-6 orang sebilik =RM 23,890
  • 3-4 orang sebilik =RM 26,890
Pakej Aqiq ( di Hotel Marwa, 220m dari Masjidil Haram selama 30-45 hari)
  • 2D (double room) =RM 29,990
  • 2T (triple room) =RM 31,990
  • 2Q (quad room) =RM 33,990
Pakej Fairuz ( di Fairuz Tower, 250m dari Masjidil Haram selama 30-45 hari)
  • 2D (double room) =RM 29,890
  • 2T (triple room) =RM 31,490
  • 5-6 orang sebilik =RM 22,890
  • 3-4 orang sebilik =RM 25,390
Pakej Zamrud (di Hotel Zam-Zam Grand, 30m dari Masjidil Haram selama 20 hari)
  • 2 orang sebilik =RM 64,990
  • 3 orang sebilik =RM 55,990

Pakej Almaas ( di Hotel Intercontinental, 20m dari Masjidil Haram selama 16 hari)
  • 2 orang sebilik =RM 119,990
  • 3 orang sebilik =RM 109,990



Ok, sekarang mari kita buat calculation mudah untuk tabungan setiap bulan (tanpa mengira dividen 5-7% yang TH bagi tiap2 tahun):

A. Kalau anda menyimpan sebanyak RM200 setiap bulan:

RM200 x 12 bulan = RM 2,400
RM2,400 x 4 tahun = RM 9,600
RM200 x 2 bulan = RM 400

RM9,600 + RM400 = RM 10,000

Dalam masa 4 tahun 2 bulan anda mampu memenuhkan tabungan untuk pembiayaan haji melalui muassasah TH. Dalam masa 7 bulan anda telah menabung sebanyak RM1400, dah boleh lah daftar. Kalau kebetulan dah nak akhir tahun, lebih baik anda tambah je RM100 lagi pada bulan ke6 untuk cukupkan RM1300. Barulah nama tersenarai memohon untuk tahun tersebut, bukan tahun berikutnya...

B. Kalau anda menyimpan sebanyak RM100 setiap bulan:

RM100 x 12 bulan = RM 1,200
RM1,200 x 8 tahun = RM 9,600
RM100 x 4 bulan = RM400

RM9,600 + RM400 = RM 10,000

Dalam masa 8 tahun 4 bulan anda mampu memenuhkan tabungan untuk pembiayaan haji melalui muassasah TH. Dalam masa 1 tahun 1 bulan, anda dah boleh mendaftar.

C. Kalau anda menyimpan sebanyak RM50 setiap bulan:
RM30 x 10 bulan =RM300

RM30 + RM 300 = RM10,200

RM50 x 12 bulan =RM600
RM600 x 16 tahun =RM9,600
RM50 x 8 bulan = RM400

RM9,600 + RM400 =RM10,000

Dalam masa 16 tahun 8 bulan, anda telah mampu memenuhkan tabungan untuk pembiayaan haji melalui muassasah TH. Dalam masa 2 tahun 2 bulan anda dah boleh mendaftar.

D.Kalau anda menyimpan sebanyak RM30 setiap bulan:

RM30 x12 bulan = RM360
RM 360 x 27tahun= RM9,720
RM30 x 10 bulan = RM300

RM9,720 + RM300 = RM10,020

Dalam masa 27 tahun 10 bulan anda mampu memenuhkan tabungan untuk pembiayaan haji melalui muassasah TH. Dalam masa 3 tahun 7 bulan, anda dah boleh mendaftar. Cuma nak kena keluarkan RM10 je lagi daripada poket untuk mencukupkan RM1300.

Nak tahu berapa usia, pada masa tabungan anda dah cukup, hitunglah sendiri.. Tapi perlu diingat, walaupun dah cukup tabungan dan dah daftar, anda terpaksa menunggu giliran. Untuk mempercepatkan, anda boleh membuat rayuan kepada TH untuk pergi lebih awal. Kalau Allah izin, i' Allah anda tak perlu menunggu lama..


Nota: Kos yang dinyatakan di atas adalah untuk makan minum, penginapan dan tambang pengangkutan sahaja. Tidak termasuk bayaran dam ataupun perbelanjaan2 seperti sedekah, sovenirs dan lain2. Ada orang cakap, RM2000 dah memadai untuk belanja tambahan.