Monday, May 21, 2012

Lazimi Istighfar, Bersihkan Hati

اللهم أنقلني من ذل المعصية إلى عز الطاعة

Ya Allah, pindahkanlah daku dari kehinaan maksiat kepada kemuliaan taat


Wahai diri, 
jangan sombong takbur meninggi
bersihkan hati dengan istighfar
laziminya setiap hari
Nabi yang ma'sum 70 kali sehari
sedangkan hati Baginda bersih bercahaya bagaikan Nur
Itu Nabi!
Tanya diri, refleksi sendiri
Untuk kita yang sering berdosa
Selayaknya berapa kali
Hati menjawab, setiap degup jantung, setiap hembus nafas
Kerana dosa dan lalai sentiasa menimbun
Hati sudah lama gelap
Hitam nak kena gilap
Maksiat itu ibarat api
Dosa itu ibarat asap gelap
Memberi bekas hitam pada hati
ilmu itu nur
Nur tidak sudi kepada yang berdosa
Ayuh diri
gilapkan hati dengan istighfar
rendah diri mohon keampunan
bersungguh2 untuk  inabah

Monday, April 16, 2012

Puisi

Tetapi bila kalbu dicuci, menagih redha Allah saja
Akal diasah selalu, dipimpin pula muaddib mulia
Fikiran kan terbuka, yang terkusut terlerai jua
Diri mendaki tinggi mencapai Makna, jelas perkara
Anugerah Allah ke dalam jiwa gigih berusaha

(Prof Dr. Wan Mohd Nor Wan Daud, Mutiara Taman Abadi)

Wednesday, February 01, 2012

HAJI: BELAJAR MERANCANG KEWANGAN

Kesedaran tentang financial planning, dah semakin luas. Rata-rata dah sedar kepentingan menabung. Bermacam-macam kaedah diikut, untuk mempastikan tabungan bertambah. Jika tidak mampu mencapai taraf jutawan sekalipun, mampu untuk mencapai financial freedom pada usia tua. Goyang kaki, duit masuk.. Atau paling-paling koman, hidup bebas hutang di usia tua..

Seperti yang saya pernah ceritakan, awal tabungan formal saya (tabungan yang ada buku akaun) adalah di Tabung Haji.. Buku akaun BSN yang warna biru tu, almarhumah ma yang bukakan..Buku akaun BSN walaupun nama saya, tapi ada nama almarhumah sebagai pemegang amanah.. Tak boleh nak keluarkan sendiri..

Berbeza dengan buku akaun tabung haji, yang saya buka waktu di sekolah menengah.. Nama saya. Siap isi borang penama lagi - masa tu saya letakkan nama almarhumah Ma. Tapi perasaan menabung di TH tak sama dengan menabung di bank2 lain.. Rasa tabungan di TH sangat sacred, betul2 tujuannya untuk ibadat haji.. Tak boleh dikeluarkan kecuali bila dah cukup untuk pergi haji..

Bila direnung-renung, menerusi ibadat haji ini sebenarnya Allah mengajar hambaNya untuk merancang kewangan..Ye lah, hanya yang berkemampuan sahaja yang wajib menunaikan rukun Islam kelima ni.. Dah tentunya setiap yang mengaku dirinya Muslim, ada menyimpan keinginan untuk menunaikan haij.. Seolah-olah belum sempurna Islam, bila tak cukup rukun yang terakhir..

Perasaan ini menjadi drive dan motivasi untuk menabung bagi menyempurnakan kefarduan yang diwajibkan sekali seumur hidup..Tak banyak pun, cuma lebih kurang RM10 ribu. Bila sebut RM10K, bagi sesetengah orang rasa banyak.. Tapi kalau kita buat kiraan mudah tanpa mengambil kira dividen yang diperolehi setiap tahun, sebenarnya ia persoalan sama ada nak atau tak nak aje.. Kalau simpan RM100 sebulan x 12 =RM1200 setahun.. Cukup 10 tahun dan ada RM12000. Lamanya 10 tahun.. Memang lama, tapi que untuk menunggu giliran haji sekarang ni dah 40 tahun..Kalau konsisten menyimpan lagi RM12000x4 = RM48000. Ini matematik mudah, tanpa ambil kira dividen.. Kalau ada dividen, lagi banyak..

Yang penting ada niat, azam dan tindakan.. Selebihnya doa semoga diluaskan rezeki, segera di jemput menjadi tetamuNya.. Nikmat menjadi tetamuNya tidak boleh digambarkan dengan kata-kata mahupun tulisan. Menabunglah, pergi dan rasai sendiri nikmat yang sangat indah itu.. Saya dah merasainya, tetapi hati masih tamak untuk pergi berkali2 lagi...