Paling banyak rakaat solat fardu cumalah empat
Namun hairannya yang dua rakaat pun terasa berat
Untuk bergerak, bangun mengambil wuduk pun liat
Dah hampar sejadah pun masih tak solat-solat
Sekadar seruan untuk muhasabah diri. Kenapa solat yang terpenting dalam hidup kita sebagai Muslim diremehkan? Solat yang sepatutnya mudah terasa payah. Latihan fizikal di gymnasium yang mengambil masa, perlu dibayar yurannya dan yang berganda-ganda meletihkan tidak terasa seberat seperti mana hendak medirikan solat.
Patutlah, Allah menyebut di dalam al-Quran mafhumnya, sesungguhnya ia (solat) itu berat, kecuali untuk orang-orang yang khusyu'.
Untuk menjadikan sesuatu yang berat itu ringan, perlu dibiasa-biasakan. Bak kata pepatah Melayu, alah bisa tegal biasa. Apabila telah menjadi kebiasaan, bukan sahaja yang susah jadi mudah malah kita akan rasa canggung apabila tidak melakukannya. Apabila tak buat sesuatu yang dah jadi kebiasaan, dengan sendirinya timbul perasaan masih ada yang tidak sempurna, masih ada yang belum selesai.