Tuesday, September 04, 2007

AHLAN YA RAMADAN

13th September 2007 is around corner. Most of us Muslims are anticipating the month of Ramadan with mixed feelings. Rasa rindu membuak-buak menanti kedatangan bulan yang hanya menjengah sekali setahun. Bulan yang akan menguji kesabaran dan kepatuhan seorang hamba terhadap Penciptanya. Bulan yang menjadi bukti betapa maha Pemurahnya kepada hamba-hambaNya. Bulan yang ditawarkan limpahan keampunan dan ganjaran yang berlipat ganda...

Setiap kali menjelang Ramadan, saya pasti teringat nenek. Setiap tahun nenek mesti mendoakan supaya dia sempat menemui Ramadan. Untuk Ramadan tahun ni saya hadiahkan nenek telekung sembahyang baru. Gembiranya dia sehingga dikucupnya telekung pemberian saya tu. Sepintas lalu itulah gambaran zahir yang kita lihat. Tetapi apabila direnung dan difikir-fikirkan, kita akan insaf dan mula merefleksi diri sendiri. Apakah makna Ramadan untuk kita? Apakah kita merindui dan menanti-nantikan kedatangan Ramadan seperti kita merindui dan menanti-nantikan orang yang kita sayang yang dah setahun tidak ketemu? Adakah kita merasa betul-betul gembira dengan kedatangan Ramadan seperti mana kegembiraan kita menyambut kepulangan orang yang kita sayang? Adakah kita betul-betul bersyukur dengan rahmat Allah yang masih memberikan kita kesempatan umur untuk menyambut Ramadan?

Here are a few hadiths regarding Ramadan... Ma sha' Allah...Betapa pemurahnya Allah kepada hamba-hambaNya. Cuma kadang-kadang kita aje yang sombong, tak sedar diri dan tidak menghargai.. Allah menghargai ibadah puasa kita sehingga meninggikan taraf ibadah puasa special berbanding ibadah-ibadah lain... Fasting is truly special, we done it merely for Allah and He alone will give us the reward... Bayangkanlah bagaimana perasaan seorang hamba tatkala menerima sendiri ganjaran daripada Tuhannya... Ma sha' Allah... Tak dapat digambarkan bagaimana kerendahan diri, ketaatan dan kepatuhan seorang hamba hanya dalam masa 29 atau 30 hari itu dinilai sebegitu tinggi oleh Allah yang Maha Kaya yang memiliki segala-galanya, yang sebenarnya tidak memerlukan apa-apa daripada kita... Sombonglah kita jika enggan merebut ganjaran sepanjang Ramadan yang penuh barakah... Barakahnya Ramadan kerana amalan yang sedikit namun ganjarannya berlipatganda...

The Prophet (peace be upon him) said: “Every deed of the human being is for himself and its reward is multiplied for him from ten to seven hundred times. Allah says: ‘Except for fasting, for truly it is for Me and I alone will reward it, for verily he abandoned his desires, his food, and his drink for my sake.’ The one who fasts experiences two joys, one upon breaking his fast and one when he meets his Lord. Surely the breath of the fasting person is sweeter to Allah than the fragrance of musk.” [Sahîh al-Bukhârî and Sahîh Muslim]

The Prophet (peace be upon him) said: “When Ramadan commences, the gates of Paradise are opened and the gates of Hell are closed and the devils are bound in chains.” [Sahîh al-Bukhârî and Sahîh Muslim]

The Prophet (peace be upon him said: “On the first night of Ramadan, the devils and rebellious jinn are bound in chains, The gates of Paradise are opened until not a single gate remains closed. The gates of Hell are bound shut until not a single gate remains open. Then a caller calls out: ‘O desirer of good, go forth! O desirer of evil, restrain yourself! Allah is emancipating people from the Fire every night’.” [Sunan al-Tirmidhî]

On the eve of Ramadan, the Prophet (peace be upon him) gave a sermon and said: “O people! A great and blessed month is coming upon you, a month containing a night better than a thousand months. Allah has made fasting in its days an obligation and observing prayer in its nights a voluntary act. Anyone who seeks nearness to Allah in theis month through any virtuous act will be like one who carried out a religious obligation at another time, and anyone who performs an obligatory act of worship in this month will be like one who performed seventy such acts at another time. It is the month of patience, and the reward for patience is Paradise.” [Sahîh Ibn Khuzaymah]

HUKUM LELAKI MEMAKAI BARANG KEMAS


Dulu-dulu kalau ternampak lelaki memakai rantai atau gelang regardless it is made of gold or not, pastinya saya akan terus mengatakan ianya haram, kerana lelaki dilarang dari menyerupai wanita. Memakai perhiasan seperti wanita hukumnya adalah haram. Teringat pulak kepada anak saudara saya Hisan, waktu kecil dia selalu suka pegang gelang saya yang diperbuat daripada emas. Kadang-kadang dia cakap, " 'Ammah boleh tak Hisan pakai gelang ammah kejap". Saya jawab, " Tak boleh". Dia akan tanya lagi, "Kenapa tak boleh 'ammah?" Saya beritahu dia, Allah tak bagi boys wear bracelet, it's for girls. " Alhamdulillah dia tak mendesak, dan seolah-olah faham bila saya bagi penjelasan tersebut. Tetapi akhir-akhir ini, sepertinya telah ada barang perhiasan yang khusus untuk lelaki dan yang khusus untuk perempuan. Seolah-olahnya umum pun turut menerima ianya sebagai perhiasan untuk lelaki walaupun tidak semua menerima. Justeru saya merasa terpanggil untuk mencari adakah dalil yang mengharuskan.

Tetapi sekarang ini semcam menjadi kebiasaan untuk lelaki memakai gelang tangan. Malah ada gelang untuk lelaki sama ada daripada emas, platinum ataupun perak. Malah ada yang memakai gelang kristal untuk tujuan perubatan. Hari tu saya diajukan lagi persoalan tentang hukum berkaitan lelaki memakai barang kemas. Saya terfikir-fikir juga adakan ruang untuk mengatakan ianya harus..

Di sini saya sertakan kesimpulan yang telah saya buat, berdasarkan kepada beberapa fatwa termasuk dari Malaysia dan luar Malaysia.

  1. Barang kemas termasuk jam yang diperbuat daripada emas - Hukumnya adalah haram
  2. Cincin - Hukumnya adalah harus asalkan tidak dibuat daripada emas.
    • Memakai cincin perak adalah sunnah.
    • Memakai cincin suasa, diharuskan asalkan nisbah kandungan emas adalah kurang berbanding kandungan tembaga.
    • Memakai cincin emas kuning atau putih adalah haram.
    • Memakai cincin platinum adalah harus
  3. Gelang dan lain-lain barang kemas yang tidak diperbuat daripada emas
Kebanyakan ulama' termasuk di Malaysia menghukumnya sebagai haram atas alasan menyerupai wanita. Majlis Fatwa yang dipengerusikan oleh Sheikh `Abd al-Wahhâb al-Turayrî memperincikan isu ini kepada tiga kategori:
    • Pertama: Haram bagi lelaki untuk memakai barang kemas walaupun tidak diperbuat daripada emas sekiranya dia tinggal dalam masyarakat yang menganggap barang kemas hanya sesuai untuk wanita. Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: Allah melaknat orang lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki. (Sahih al-Bukhari 5885).
    • Kedua: Haram bagi lelaki untuk memakai barang kemas walaupun tidak diperbuat daripada emas sekiranya dia tinggal dalam masyarakat yang mana pemakaian barang kemas tertentu adalah dikaitkan dengan penganut agama lain. Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: Sesiapa yang meniru sesuatu kaum, maka dia termasuk dalam golongan tersebut (Sunan Abi Dawud 4031).
    • Ketiga: Harus bagi lelaki yang tinggal dalam masyarakat yang menerima sesetengah barang kemas sebagai perhiasan yang sesuai untuk lelaki dan tidak dikaitkan dengan sebarang penganut agama lain. Hukum ini adalah berdarkan kepada 'urf yang diasaskan kepada adat setempat.
Berbalik kepada perbincangan kita, saya berpendapat hukum memakai barang kemas selain cincin adalah haram bagi lelaki berasaskan kepada hadith-hadith yang disebutkan di atas. Di Malaysia, pemakaian barang kemas seperti gelang dan rantai adalah sinonim dengan wanita. Lagipun di Malaysia kita ada penganut agama Sikh yang memakai gelang tangan sebagai sebahagian daripada rukun dalam amalan agama mereka. Sebagai hamba Allah, bukankah lebih wajar untuk kita berhati-hati dan tidak mengambil mudah sesuatu perkara.