

Tetapi sekarang ini semcam menjadi kebiasaan untuk lelaki memakai gelang tangan. Malah ada gelang untuk lelaki sama ada daripada emas, platinum ataupun perak. Malah ada yang memakai gelang kristal untuk tujuan perubatan. Hari tu saya diajukan lagi persoalan tentang hukum berkaitan lelaki memakai barang kemas. Saya terfikir-fikir juga adakan ruang untuk mengatakan ianya harus..
Di sini saya sertakan kesimpulan yang telah saya buat, berdasarkan kepada beberapa fatwa termasuk dari Malaysia dan luar Malaysia.
- Barang kemas termasuk jam yang diperbuat daripada emas - Hukumnya adalah haram
- Cincin - Hukumnya adalah harus asalkan tidak dibuat daripada emas.
- Memakai cincin perak adalah sunnah.
- Memakai cincin suasa, diharuskan asalkan nisbah kandungan emas adalah kurang berbanding kandungan tembaga.
- Memakai cincin emas kuning atau putih adalah haram.
- Memakai cincin platinum adalah harus
- Memakai cincin perak adalah sunnah.
- Gelang dan lain-lain barang kemas yang tidak diperbuat daripada emas
- Pertama: Haram bagi lelaki untuk memakai barang kemas walaupun tidak diperbuat daripada emas sekiranya dia tinggal dalam masyarakat yang menganggap barang kemas hanya sesuai untuk wanita. Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: Allah melaknat orang lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki. (Sahih al-Bukhari 5885).
- Kedua: Haram bagi lelaki untuk memakai barang kemas walaupun tidak diperbuat daripada emas sekiranya dia tinggal dalam masyarakat yang mana pemakaian barang kemas tertentu adalah dikaitkan dengan penganut agama lain. Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: Sesiapa yang meniru sesuatu kaum, maka dia termasuk dalam golongan tersebut (Sunan Abi Dawud 4031).
- Ketiga: Harus bagi lelaki yang tinggal dalam masyarakat yang menerima sesetengah barang kemas sebagai perhiasan yang sesuai untuk lelaki dan tidak dikaitkan dengan sebarang penganut agama lain. Hukum ini adalah berdarkan kepada 'urf yang diasaskan kepada adat setempat.
No comments:
Post a Comment