Tuesday, November 25, 2008

Dialog Nabi Ibrahim: Ayat-ayat Menyentuh Jiwa

(Tulisan saya ini turut dimuatkan dalam multiply saya)

Baru aje lepas baca Surah al-Shu'ara' sementara menunggu masuk waktu Isya'. Hati tersentuh sangat-sangat apabila sampai ke ayat 69-89. Entah kenapa, kisah-kisah Nabi Ibrahim 'alayhi'l-salam dalam al-Quran memang buat hati bergetar, rasa dekat sangat..terasa bagaikan hadir sama ketika itu.. The same feeling bila baca tentang kisah pencarian baginda alahi'ssalam tentang siapakah sebenarnya Tuhan, mahupun tentang pintanya supaya dihembuskan ruh kepada burung yang telah mati untuk menambahkan keyakinan baginda kepada Yang Maha Esa. Mungkin sebab kisah-kisah Nabi Ibrahim mengajar kita tentang mentawhidkan Allah, tentang kebesaranNya, tentang kekuasaanNya. Memberi kita worldview yang sahih tentang keTuhanan, sesuai dengan fitrah kita yang sentiasa incline dan dekat dengan Pencipta.

Saya catatkan di sini untuk dikongsi bersama.. Saya gunakan ayat-ayat sendiri sebagai tafsir (bukan terjemahan, harap maklum) yang dipermudahkan untuk mencapai maksud. Tapi kalau faham bahasa Arab lagi best, lebih terkesan di hati..Terjemahan tak sama macam perkataan bahasa Arab.. Satu kalimah 'akifiin tu pun kita dah rasa sedalam mana maksudnya, kalau nak translate maunya kena guna 3, 4 patah perkataan sehingga hilang keindahan bahasanya..Tu pun belum tentu sampai maksud.

Back to the verses.. Allah suruh Nabi Muhammad s.a.w. ceritakan kepada kaum baginda tentang kisah Nabi Ibrahim a.s. Kisah sewaktu baginda a.s. bertanya kepada ayah dan kaumnya, "siapa yang kamu sembah..?" Dengan bangganya, mereka menjawab "Kami menyembah berhala-berhala, dan kami sentiasa beribadat kepada berhala-hala tersebut (ala-ala without miss lah tu, selalu dan sentiasa)". [terfikir pula tentang diri sendiri. Adakah diri ini boleh dan layak untuk berkata dengan penuh yakin dan bangganya yang diri yang sentiasa lalai ini sentiasa menumpukan sepenuh peribadatan kepadaNya]

Kemudiannya Nabi Ibrahim a.s. bertanya kepada ayahnya dan juga kaumnya, "Adakah berhala-berhala tu dengar apa yang kamu doakan/minta? Adakah berhala-berhala tu boleh memberi manfaat kepada kamu, boleh mendatangkan mudarat kepada kamu?". Jawab mereka, " Tidak. Kami tengok nenek moyang kami buat macam ni. Kami cuma ikut nenek moyang kami je.."

Nabi Ibrahim menempelak lagi, " Adakah kamu perhatikan dan tahu apa yang kamu sembah tu? Apa yang kamu dan nenek moyang kamu yang terdahulu sembah? Verily, they are enemies to me, save the Lord of this Universe.."

Kemudiannya Nabi Ibrahim menjelaskan siapa Rabb al-'Alamin tu.. :

1. Yang Mencipta diriku dan memberikan aku hidayah.
2. Yang memberikanku makan dan minum ( bukan aje Allah bagi kita rezeki, tapi juga memberi mulut untuk kita makan dan minum, malah turut memberi kita tangan dan keupayaan untuk menyuap makanan ke mulut, memberi mata untuk melihat makanan yang menyelerakan, memberi kita appetite untuk kita rasa nikmatnya makanan dan minuman.., dan macam-macam lagi. Tak tertulis di sini, sebab terlampau banyak kurniaan Allah kepada kita walaupun hanya bab makan dan minum)
3.Apabila aku sakit, Dialah Yang Menyembuhkan (Ma sha' Allah)
4. Yang Mematikanku dan kemudian menghidupkan semula
5. Yang aku harapkan akan mengampunkan kesalahan-kesalahanku pada hari Pembalasan
6. Ya Tuhanku, kurniakan aku hikmah, dan masukkanlah aku ke dalam golongan orang soleh [seorang Nabi pun masih tidak putus- putus doanya, sedang diri yang faqir hina sentiasa sombong takbur]
7. Jadikan diriku sebagai orang yang disebut-sebut dan dipuji-puji kebaikannya oleh generasi mendatang
8. Jadikanlah diriku pewaris Jannat'l-Na'im
9. Ampunkanlah ayahku, sesungguhnya dia termasuk dalam golongan yang sesat [mengingatkan diri supaya tidak melupakan doa buat Almarhum ayah dan Ma yang telah pergi]
10. Dan janganlah Engkau berikan kehinaaan kepada diriku [dengan siksaMu] pada hari Kebangkitan. [Amiin..walaupun diri ini tidak layak, tapi kepada siapa lagi nak dipohon pertolongan kalau bukan kepada Allah yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani. Peliharalah diri ini dari siksaMu]
11. Hari yang tidak ada gunanya harta ataupun anak-anak [ di dunia sini, kita bersibuk2 dengan usaha mengumpul harta dan juga sibuk dengan anak-anak, selalunya sampai terlupa menyibukkan diri untuk berfikir tentang nasib di dunia sana]
12. Kecuali mereka yang menemui Allah dengan hati yang salim (suci dari sifat riya', nifaq dan kufur)

Sunday, November 23, 2008

SILATURRAHIM, MURAH REZEKI DAN PANJANG UMUR

Hadith: "Siapa yang ingin murah rezeki dan panjang umurnya, ia hendaklah bersilaturrahim"

Tuesday, November 11, 2008

AMPUNKAN DOSAKU YA TUHAN

Dalam mengenang kisah hidup silam
ku sedar dari kesilapan lalu
Tuhan beratnya dosa-dosaku
masihkah ada ampunan buatku

Tuhan dalam menenpuh hidup ini
banyaknya dugaan datang menguji
Tuhan ada yang dapat ku gagahi
dan ada yang gagal ku hindari

Tuhan dosaku menggunung tinggi
tapi taubatku tak ku tepati
TUhan rahmatMu melangit luas
terlalu sedikit ku bersyukur
kini ku kembali padaMu
mengharap maghfirah dariMu
mogakan terampunlah dosa-dosaku
biarpun ujian melanda
ku tetap berkasih padaMu
kerna ku yakin kasihMu
kekal tiada sudahnya

(dipetik dari YM MN)

Sunday, November 02, 2008

FIKIR TENTANG MATI

Menanti Di Barzakh
Album : Halawatul Iman
Munsyid : Far East
http://liriknasyid.com


Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap, 
Ku Meminta Dihidupkan Semula, 
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata, 

Perjalanan Rohku, 
Melengkapi Sebuah Kembara,
Singgah Di Rahim Bonda, 
Sebelum Menjejak Ke Dunia,
Menanti Di Barzakh, 
Sebelum Berangkat Ke Mahsyar,
Diperhitung Amalan, 
Penentu Syurga Atau Sebaliknya,

Tanah Yang Basah Berwarna Merah, 
Semerah Mawar Dan Jugak Rindu,
7 Langkah Pun Baru Berlalu,
Susai Talkin Penanda Syahdu,
Tenang Dan Damai Di Pusaraku,
Nisan Batu Menjadi Tugu,
Namun Tak Siapa Pun Tahu Resah Penantianku,

Terbangkitnya Aku Dari Sebuah Kematian,
Seakan Ku Dengari,
Tangis Mereka Yang Ku Tinggalkan,
Kehidupan Disini Bukan Suatu Khayalan x2
Tetapi Ia Sebenar Kejadian x2

Kembali Oh Kembli,
Kembalilah Kedalam Diri,
Sendirian Sendiri,
Sendiri Bertemankan Sepi,
Hanya Kain Putih Yang Membaluti Tubuhku,
Terbujur Dan Kaku,
Jasad Terbujur Didalam Keranda Kayu,

Ajal Yang Datang Dibuka Pintu ,
Tiada Siapa Yang Memberi Tahu,
Tiada Siapa Pun Dapat Hindari,
Tiada Siapa Yang Terkecuali,
Lemah Jemari Nafas Terhenti,
Tidak Tergambar Sakitnya Mati,
Cukup sekali Jasadku Untuk Mengulangi,

Jantung Berdenyut Kencang,
Menantikan Malaikat Datang,
Mengigil Ketakutan Gelap Pekat Dipandangan,
Selama Ini Diceritakan x2
Kini Aku Merasakan x2
Dialam Barzakh Jasad Dikebumikan x2

Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap, 
Ku Meminta Dihidupkan Semula, 
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata,

Ini adalah lirik nasyid yang melatari multiply saya. Kalau dihayati memang menginsafkan. Sementelah kalau kita memerhati dan merefleksi diri dan orang-orang di sekitar kita. Bayi yang baru lahir, orang muda, orang tua, orang sakit, orang sihat dan tak lupa kita sendiri. Ajal adalah sesuatu yang pasti. Itu sunnah untuk makhluq yang bernyawa. Bila, bagaimana, di mana - kesemuanya menjadi rahsia Allah.

Sewaktu kecil, ada 2 perkara yang menakutkan saya: hantu dan hal-hal yang berkait dengan orang mati. Mungkin sebab selalu disantap dengan cerita-cerita seram. Kalau Almarhumah Ma bercerita tentang kisah Nabi-nabi, tentang syurga tentang neraka, Almarhum ayah pula selalu meluangkan masa untuk bercerita pelbagai cerita dari kisah Pak Pandir, legenda, mitos dan yang paling melekat di kepala, cerita-cerita hantu...Walaupun takut, tapi saat itu adalah masa yang selalu dinanti-nanti kerana Almarhum memang pandai bercerita, pandai mengubah intonasi suara siap dengan gaya hingga kami anak-anak terjerit-jerit. Tapi makin takut, makin nak dengar...

Ketakutan saya kepada yang berkaitan dengan kematian semakin hilang sedikit demi sedikit apabila berlaku kematian dalam keluarga sendiri. Dalam usia 38 tahun, pada malam Jumaat 15 November, almarhum ayah pulang ke rahmatullah. Waktu itu saya baru berusia 13 tahun, adik no 2 - 12 tahun, no 3 - 9 tahun, no 4 - 7 tahun, no 5 - 5 tahun, no 6 -2 tahun dan yang bongsu baru berusia 2 hari. Sepertinya Allah mengajar saya secara langsung tentang konsep kematian. Sebulan sebelum itu, ma ditahan di wad kerana ada masalah dengan kandungan. Dua hari sebelum ayah dijemput pergi, ma perlu menjalani pembedahan. Siapa sangka, di saat-saat saya terlalu risau kalau-kalau Allah mengambil nyawa ma, di saat-saat saya tidak putus-putus berdoa supaya Allah panjangkan umur Ma, tiba-tiba dua hari selepas itu ayah yang sebelum ni sihat walafiat pergi meninggalkan kami.Allahmummaghfir lahu wa'afihi wa'fu 'anhu wa adkhilhu al-jannah. Pemergian almarhum ayah buat saya tersentak - belum tentu yang sakit akan pergi dulu, dan belum tentu yang tua akan meninggalkan yang muda...

Tahun lepas Ma pula menyusul almarhum ayah...Itupun dalam keadaan kami tidak menjangka kerana ma tidak sakit terlantar...Memang Ma agak lemah, tapi kami tak menyangka Ma akan pergi buat selama-lamanya...Saya pulang ke kampung kerana kebetulan awal Ramadan adalah cuti umum di negeri saya bertugas. Dan menyambut Ramadan di kampung seperti wajib yang tidak tertulis untuk kami anak-anak...Hasrat adik-adik menghantar Ma ke klinik untuk tambah air, bertukar menjadi serius apabila tiba-tiba kesihatan ma tiba-tiba merosot sewaktu di emergency room.. Dari yellow zone, ma dipindahkan ke red zone dan kemudiannya pada pukul 4 pagi dipindahkan ke wad. Tapi kemudiannya ma ok. Tapi selepas Subuh, kondisi ma berubah...Adik-adik suruh saya terus ke hospital kerana ma nampak lain.. Saya yang sampai pagi tu, masih lagi kat dapur rebus air barli untuk bagi ma minum..Terus saya padamkan api dapur dan bergegas ke hospital. Ya Allah, sembuhkanlah ma...Panjangkan umur ma.. Sebaik sampai di katil ma, terus saya cium ma berkali-kali dan bacakan ayat-ayat suci. Doktor-doktor kelihatan kalut. Ada seorang doktor yang cakap, 'tak tahulah, mungkin 30 minit, mungkin 3 minit, mungkin 3 saat dia akan pergi...' Terasa nak marah sangat apabila doktor cakap macam tu.. Kemudiannya doktor minta izin untuk pasang ventilator. Sebagai wakil keluarga, saya izinkan dan saya tandatangan dokumen tidak membenarkan doktor buat lebih daripada itu... Kalau memang dah sampai masa ma, saya nak ma pergi dengan senang tanpa kesakitan berlebihan pada jasadnya...Siapa kita, untuk melawan kematian... Alhamdulillah, kemudiannya apabila sentuh, kaki ma yang tadinya sejuk, panas kembali.. Saya dan adik-adik tidak putus-putus membacakan Surah Yasin dan manzil untuk ma... Sambil membaca, sambil saya kucup dahi ma berkali-kali...Ya Allah berikan ana kekuatan... Ma kemudiannya dipindahkan ke tingkat 8. Tapi keadaan ma tidak berubah. Blood pressure ma tetap rendah. Tengahari, bp ma naik normal...Ma terjaga... Alhamdulillah. Tapi kata doktor, ventilator sepatutnya dipasang dalam keadaan pesakit tidak sedarkan diri. Doktor tambah 1 lagi dos morfin. Ma kembali tertidur dan bp kembali turun.. Keadaan ma mengingatkan saya kepada Almarhumah Tok Wan (nenek sebelah ma) sewaktu hampir saat kematiannya. Saya redha. Namun hati kecil saya masih terus berharap moga Allah panjangkan umur Ma. Supaya ma segera sembuh dan kembali bersama kami.. Saya masih mengharapkan ada miracle.. 

Selepas Maghrib, doktor beritahu " we are going to lose her tonight or tomorrow.." Ya Allah, berikanlah kekuatan kepada ana..Semoga ma pergi dalam husnul khatimah..Saya redha.. Terus saya telefon semua yang kat rumah supaya segera kembali ke hospital. Saya minta Nizam solat hajat untuk ma. Saya minta Nadzim talqinkan La Ilaha illa'lLah di telinga ma. Dan saya teruskan bacaan Yasin untuk ma, sambil tak henti-henti mengucup tangan ma berkali-kali...Tepat jam 955 malam, pada malam Jumaat, selepas sehari puasa Ramadan, bersamaan 13 September 2007, ma menghembuskan nafas terakhirnya.. Ma pergi meninggalkan kami.. Hanya doa kami, mengiringi ma, semoga bahagia di sana...Allahmumma 'ghfirlaha wa'rhamha wa'afiha wa'fu 'anha wa adkhilha al-jannah.

Pemergian ma buat saya berfikir lagi tentang kematian. Kematian bukannya perkara yang kita boleh tentukan. Walaupun tanda-tanda hampir kematian telah ditunjukkan, tapi kita hanya menyedarinya setelah kematian menjemput...Ibrahnya, untuk menghadapi kematian, kita perlu bersedia. Bersiap sepanjang masa kerana BILA itu menjadi rahsia Allah.

Sewaktu menziarahi kawan-kawan nenek pada Eid yang lepas, kotak fikir saya ligat lagi berputar.. Bagaimana dengan nasib saya? Jangan sedap hati, belum tentu yang tua pergi dulu.. Belum tentu yang sakit pergi dulu.. Bila perhatikan nenek yang dah hampir mencecah 90 tahun, buat saya insaf...Rakan-rakan seangkatan nenek dah tiada. Almarhum ayah (anak bongsu nenek) dah lama pergi.. Almarhumah ma juga telah pergi... Bak kata nenek, pengakhiran ma dah elok sangat-sangat. Allah jemput ma dalam keadaan yang baik, pada hari yang dijanjikan terlepas dari azab kubur, pada bulan Ramadan yang penuh dengan keberkatan, disolatkan oleh ramai jemaah... Nasib kita, nenek cakap, belum tau lagi... Bila nenek cakap macam tu, hati saya berefleksi lagi membanding diri dengan nenek... Siapa yang dulu siapa yang kemudian belum tahu... Mudanya saya bukannya jaminan saya kemudian.. Nenek, setiap detik waktunya, mulut dibasahi zikir... Qul Huwa'lLah aje time dia sibuk risaukan si cicit hari tu, cuma sempat baca 200 kali. Maknanya kalau time biasa dia boleh baca lebih daripada itu. Kalau 1 kali surah al-Ikhlas menyamai 1/4 pahala membaca keseluruhan al-Quran, berapa banyak pahala yang nenek dah kumpulkan... Kalau 100 kali baca surah al-Ikhlas, Nabi s.a.w. kata akan dibina 1 istana di syurga, berapa ratus istana dah tersedia untuk nenek.. Itu belum bacaan-bacaan zikir lain yang menjadi basahan hati dan bibirnya... Alangkah bestnya, kalau dapat minta syafaat nenek, boleh tak kalau nenek berikan saya kepada saya... Satu istana pun jadilah.. Alahai masa sendiri banyak terhabis dengan perkara lagha, ingat senang-senang ke nak reserve syurga... Tak dapat syurga, terlepas daripada 'azab pun dah cukup baik... Allahmumma ahsin 'aqibatana fi'l umur kulliha, wa ajirna min khizy al-dunya wa 'adhab al-akhirah ( Ya Allah, perelokkan kesudahan kesemua urusan kami, dan hindarkanlah kami dari kehinaan dunia dan 'azab akhirat).

Kalau saya seperti Almarhum ayah, cuma ada masa lebih kurang 2 tahun lagi sisa umur saya... Kalau ikut ma, setahun selepas usia pencen wajib, saya akan pergi...Sempat merasa sekejap je duit pencen.. Kalau lebih awal daripada Almarhum ayah, apakah persediaan diri sendiri yang telah saya siapkan? Macam jauh dari cukup... Macam baru 10%. Kalau kurang dari 10%, macam mana.. Apakah amal jariah yang akan jadi penyambung amalan saya di alam barzakh? Siapa yang akan doakan untuk saya? Adakah ilmu yang saya ajarkan untuk pelajar-pelajar saya selama ini dimanfaatkan mereka? Berapa banyak je penulisan saya.. Ada ke orang baca dan manfaatkan? Berapa lama je orang-orang yang saya tinggalkan dan sayang kat saya akan ingat saya dalam doa mereka? Berapa kerat je orang yang sayang saya? Saya tidak ada harta untuk diwariskan kepada mereka. Duit kat Tabung Haji, kalau saya mati sebelum sempat menunaikan haji, untuk buat upah haji. Simpanan yang ada, guna untuk melangsaikan bil-bil telefon dan internet. Kalau ada lebih, buatlah khairat untuk saya. Kalaupun ada sedikit harta, cuma beberapa rak kitab-kitab dan buku-buku untuk dimanfaatkan...Nanti tolonglah baca buku-buku tu, mudah-mudahan dapat juga sedikit pahala untuk saya... Ya Allah, sikitnya bekal yang saya ada... Bagaimana pula dengan dosa-dosa saya pada Allah? Masih adakah yang belum terampun? Bagaimana dengan silap saya sesama manusia? Sempatke saya mohon maaf?

Ya Allah... Kalau boleh undur kematian, saya tak nak mati dulu... Panjangkan usia ana dalam beribadat kepadaMu... Ampunilah segala dosa-dosa saya, yang besar dan yang kecil, yang terzahir dan yang tidak terzahir...Berikanlah peluang untuk ana menambah amal dan bekal untuk hidup yang abadi... Semoga kehidupan saya tidak terhabis sia-sia...

Kesimpulannya, saya tak boleh harapkan orang lain untuk sediakan bekal mati saya. Saya kena siap sediakan diri sendiri... Masih ada banyak masa ke? Allahumma 'khtim lana fi husn'l khatimah wa la takhtim 'alayna fi suu' al-khatimah. Rabbana atina fi'l-dunya hasanah wa fi'l-akhirah hasanah wa qina 'adhab al-nar

Tuesday, September 23, 2008

UJIAN MEMBAWA KITA HAMPIR KEPADANYA

Seringkali kita mengeluh apabila ditimpa ujian. Sementelah kalau ditimpa ujian maha hebat. Sebenarnya ujian adalah lumrah kehidupan kerana melaluinya Allah menguji siapakah yang paling baik amalan di kalangan hambaNya. Allah memberikan ujian untuk kemudiannya diberi ganjaran buat bekal kita juga di dunia sana...Allah tidak memberi ujian dan meninggalkan hamba-hambaNya. Sebaliknya Dia memberi kita ruang untuk merayu, mengharap dan memohon bantuanNya... Pada saat ini, hamba-hambaNya akan hampir denganNya, tulus mengharap kerana tiada pergantungan lain selain kepadaNya..

Thursday, September 04, 2008

MUNAJAT SESAL SEORANG HAMBA

21 April 2003

Tuhan 
bila hambaMu meminta 
tanpa sangka
segera Kau kabulkan
saat itu syukur melimpah
pun sementara cuma
bila lalai dan alpa menjengah
hambaMu persenda kurniaanMu
seakan tida reda dengan pilihanMu 
bersifat cerewet dan celupar

Tuhan
kini hambaMu tersentak
malu dengan kebiadaban diri
syukur rupanya tidak bersyukur
insaf menyelubungi
kesempurnaan hanya milik Yang Maha Sempurna

Yang diminta dulu
itulah yang diberi
tapi hambaMu bersifat tamak
membilang-bilang kekurangan

Tuhan
kini hambaMu sedar
kurniakan peluang kedua
moga insaf ini
menjadikan diri benar-benar bersyukur

HIJAUPURNAMA

ISTIGHFAR

Istighfar bukanlah sekadar wirid. Perlu kita ambil iktibar daripada istighfar para Nabi. 
La ilaha illa Anta, subhanaka inni kuntu min'l-zalimin
Rabbana zalamna anfusana wa in lam taghfirlana wa tarhamna lanakunanna min'l-khasirin

Rayuan pohon keampunan kepada Allah perlu kepada ketulusan dan penghayatan:

  1.  Ya Allah ( sekali hamba menyeru nama Allah, 70 kali Allah bertanya tentang keperluan hambaNya)
  2. HambaMu ini banyak dosa ya Allah
  3. Engkau Maha Pengampun ya Allah, Engkau Maha Penyayang ya Allah, Engkau Maha Pengasih ya Allah
  4. Ampuni segala dosa hambaMu ini ya Allah
  5. Astaghfirullah al-Azim
Usahakan untuk melazimkan diri dengan solat tawbah dan solat hajat setiap malam, kerana ukuran kejayaan manusia ialah apabila dapat melaksanakan agama dalam hidup. Ibarat ikan, berjayanya seekor ikan bila ia ikut fitrah kejadiannya yangmesti hidup dalam air. Kalau keluar daripada air makan ikan akan gagal untuk hidup.

Istighfar seorang hamba umpama kita melalui batas sawah yang licin. Setiap kali tergelincir jatuh, kita perlu berusaha untuk naik balik ke atas batas sehingga berjaya sampai ke destinasi yang nak dituju. Jangan pula apabila terjatuh, kita berenang pula dalam lumpur dan terleka dengan keseronokan dapat menangkap ikan.

DEMI MASA

Terkenang Surah al-'Asr yang pada saya, ianya adalah peringatan penting tentang sifat dan naluri manusia yang mewarisi sifat pelupa semenjak di alam rahim. Manusia yang sentiada berada dalam kerugian, justeru tidak kembali kepada fitrah yang pernah bersaksi tentang ketuhanan Allah sewaktu di alam ruh. Manusia sentiasa terlupa bahawa setiap  minit masa yang berdetik adalah modalnya dalam ehidupan. Bukan untuk diucap SELAMAT HARI LAHIR tetapi AWAS, MASAMU KIAN SINGKAT! 

Lupa dan alpanya manusia telah banyak melalaikan manusia tentang tugas dan tanggungjawab yang dipikul. Tentang ujian untuk menguji siapakah yang paling baik amalannya. Ianya peringatan bahawa kasih sayang Allah itu melimpah ruah. Tidak banyak yang diminta daripada manusia -cuma perlu beriman dan beramal saleh. Namun perlu juga memikirkan tentang orang lain di sekeliling kita - justeru adanya tanggungjawab berpesan-pesan tentang kebenaran dan kesabaran. Sungguh, tanpa sabar mana mungkin manusia lulus ujian Tuhan. Acapnya, gagal dalam limpahan nikmat. Lupa tentang kebahagiaan abadi di akhirat.

AHLAN YA RAMADAN

1 September 2008

Ramadan datang lagi...Syukur kerana kita masih dipanjangkan usia dan kekuatan, berpeluang untuk merebut tawaran-tawaran istimewa sepanjang Ramadan. Tawaran yang sangat-sangat menarik, jauh lebih hebat dari discount dan offer di pusat membeli belah sempena raya. Rugi jika tidak mengambil peluang yang dikurniakan Allah untuk hamba-hambaNya.

  • Sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadan dengan keimanan dan muhasabah diri, nescaya akan diampunkan dosa-dosanya
  • Lailatul Qadr adalah malam yang lebih baik dari seribu bulan. 1000 bulan bukannya sekejap.  Ia menyamai 83.3 tahun. Lama tu... Belum tentu kita dapat hidup selama itu. Lihatlah, betapa Allah maha pengasih. Masih memberi ruang dan luang untuk hamba-hambaNya menebus masa yang terbuang dengan sia-sia. Memberi kesempatan untuk menampung kelemahan pada diri.
  • Ramadan adalah bulan yang awalnya keampunan, pertengahannya rahmat dan akhirnya pembebasan dari neraka. Betapa pemurahnya Allah, tawaran-tawaran istimewanya berupa perkara-perkara yang tidak ternilai dengan ringgit dan material dunia. Kesemuanya tidak dapat dibeli tapi amat diperlukan oleh kita hamba-hambaNya.
  • Kedudukan eksklusif untuk hamba-hambaNya yang berpuasa sehinggakan untuk memasuki syurgaNya juga, disediakan pintu khas yang dinamakan RAYYAN. Kalau di dunia, penumpang kelas pertama ataupun bussiness akan diberi layanan istimewa, di akhirat nanti, hamba-hambaNya yang berpuasa layak menerima layanan istimewa yang disediakan hatta laluan ke syurga juga ada laluan khas.
  • Puasa akan menjadi syafaat untuk hamba-hambaNya di akhirat kelak. Puasa akan memohon sendiri hak syafaatnya daripada Allah kerana menerusinya hamba-hamba Allah menahan diri dari makan dan melayan shahwah di siang hari. Kalau baca Quran di malam hari, pun Quran akan memohon syafaat juga kerana menerusinya hamba-hamba Allah bersengkang mata di malam hari. Maha pemurahnya Allah, permohonan ini akan diluluskan istimewa untuk hamba-hambaNya.
  • Bulan Ramadan adalah bulan yang dibukakan pintu syurga, ditutup pintu neraka dan syaitan-syaitan dibelenggu. Hamba-hambaNya yang rajin beramal akan bergembira dan hamba-hambaNya yang suka melakukan keburukan akan diseru supaya berhenti daripada melakukannya.

Thursday, May 29, 2008

ADAB SESAMA MANUSIA (Pt.2)

Saya sambung lagi nasihat hukama' berkenaan adab sopan apabila kita bermu'amalah sesama manusia.

  1. Jika perlu kita memberi amaran kepada seseorang, lakukan sebaiknya jangan sampai menakutkan. Hindarkan sikap keras hati terhadapnya mahupun bertegang leher kerana banyak keburukan berbanding kebaikan apabila kita bersikap keras. Sebaliknya jika perlu bersikap lemah lembut dan mengalah, jangan menunjukkan sifat lemah kita. Tegas jangan keras, lembut jangan lemah!
  2. Jika berdebat, bersopanlah. Jangan sampai dianggap bodoh oleh orang lain terutama pihak lawan. Jauhi sikap terburu-buru, berfikirlah masak-masak dalam berhujah. Jangan menggunakan isyarat tangan atau menoleh-noleh ke belakang. Jika sedang marah, diamkan dahulu. Apabila reda kemarahan, luahkan isi hati dengan baik.
  3. Jangan jadikan harta lebih mulia daripada kehormatan diri
  4. Jika memasuki majlis atau menghadiri pertemuan mahupun persidangan, ucapkan salam kepada yang telah hadir lebih awal. Jangan sekali-kali memintas orang yang datang lebih awal. Duduk di tempat kosong atau di tempat yang telah disediakan untuk kita. Hendaklah merendah diri. Berjabat tanganlah dengan orang yang berhampiran setelah melafazkan salam
  5. Jauhi melepak dan bersembang di tepi jalan. Jika terpaksa, pastikan kita menunaikan hak-hak di jalanan seperti menjaga pandangan, menolong orang yang dianiaya, membantu orang yang kesusahan, lemah dan miskin, menunjukkan jalan kepada yang tersesat, menjawab salam, memberi kepada yang meminta, mengajak ke arah kebaikan, mencegah kemungkaran, tidak meludah di merata-rata atau ke arah kiblat.
  6. Jangan suka bergurau senda baik dengan orang yang bijak mahupun orang yang kurang akalnya. Berlebihan dalanm bergurau senda akan menyebabkan orang yang bijak akan kurang senang dan menganggap kita kurang sopan. Orang yang kurang akal pula akan menjadi berani dan melampau batas terhadap kita.
  7. Apabila banyak bergurau senda dalam sesuatu majlis, hendaklah berzikir kepada Allah sebelum meninggalkan majlis tersebut. Hadis Riwayat al-Tirmidhi: "Sesiapa yang banyak bergurau senda dalam sesuatu majlis, hendaklah dia sebelum berdiri untuk beredar, mengucapkan Subhanaka'lLahumma wa bi hamdika Ashadu an la ilaha illa Anta astaghfiruka wa atubu ilayka (Maha Suci Engkau Ya Allah dan puji-pujian untukMu. Saya bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkanMu. Saya mohon keampunan dan bertaubat kepadaMu). Nescaya akan diampunkan segala kesalahannya sepanjang dalam majlis tadi.
Al-Ghazali, Ihya' 'Ulum al-Din

Wednesday, May 28, 2008

ADAB SESAMA MANUSIA

Seorang hukama' berkata: " Jikalau kamu ingin bergaul secara baik dan sopan maka ikutilah panduan-panduan ini":
  1. Mempamerkan wajah yang gembira, sopan dan tenang di hadapan kawan atau musuh. Jangan menunjukkan keangkuhan dan kesombongan. Rendah diri bukan bermakna kurang harga diri. Bersederhanalah, kerana sesuatu yang ekstrim itu adalah tidak baik.
  2. Jangan kerap menoleh ke kiri dan ke kanan. Jangan banyak menoleh ke mana-mana. Jangan memandang tajam orang lain. Jangan duduk seperti orang yang tidak tenang seolah-olah hendak melompat
  3. Jangan silangkan jari di celah jari tangan yang lain. Jangan bermain-main dengan misai, janggut ataupun cincin. Jangan sesekali mencungkil celah-celah giri, mengorek hidung, meludah atau membuang hingus, mengeliat dan menguap.
  4. Duduk dalam keadaan tenang, bertutur secara teratur dan tertib. Dengarlah dengan teliti percakapan orang di hadapanmu, tanpa menunjukkan kehairanan. Jangan dibiasakan meminta orang mengulangi percakapannya. Jika ada perkara-perkara melucukan, diamlah seboleh mungkin.
  5. Jangan sekali-kali berbangga dalam percakapan mengenai diri sendiri, anak-anak, karya-karya atau apa sahaja yang menjadi keistimewaan diri dan keluarga
  6. Jangan lakukan sepertimana kebiasaan wanita di waktu berhias. Jangan menyerah dan bersikap bodoh seperti hamba. Jangan terlampau mengharap dan meminta sesuatu yang diperlukan. Jangan mendorong orang lain melakukan penganiayaan.
  7. Jangan memberitahu jumlah wang simpanan atau harta walaupun kepada anak-anak atau ahli keluarga yang lain. Sementelah kalau bukan dari kalangan keluarga. Orang akan menghina sekiranya mengetahui harta kita sedikit dan sebaliknya tidak senang hati sekiranya kita banyak harta.

Wednesday, April 30, 2008

Tuesday, April 29, 2008

Monday, April 28, 2008

Verily, with Every Difficulty There is Relief.


Semalam dalam perjalanan balik dari kenduri saya berborak dengan sahabat yang naik kereta bersama-sama saya. Daripada perbincangan tentang beli rumah membawa kepada berbual tentang kereta yang baru dibelinya berharga lebih RM80 ribu. Apabila dia bercerita yang suaminya yang bayarkan ansuran bulanan kereta daripada duit elaun berkhidmat kat kawasan pendalaman yang suaminya dapat RM1500 sebulan, buat saya tersentak dan teringat kepada janji Allah.

Ma sha' Allah, terus saya teringat kepada ayat 6 Surah al-Inshirah. Benarlah janji Allah pada setiap kesusahan itu ada kesenangan. Sebetulnya sahabat saya ni baru aje bekerja, dan baru lagi berkahwin dan mendapat anak. Mak meninggal sewaktu dia masih kecil. Adik beradik ramai. Ayahnya tidak pernah kahwin lain. Suami pulak seawal posting ditugaskan di pedalaman Sabah, tempat yang langsung tidak ada telephone network. Pulang ke Semenanjung every time ada kesempatan cuti sekolah atau cuti umum yang agak panjang. Nampak susah dan kita yang melihat merasa kasihan.

Tapi kadang-kadang kita terlupa bahawa Allah itu Maha Penyayang, Maha Pengasih dan Maha Berbelas Kasihan. Kalau kita rasa kasihan, Allah lebih-lebih lagi ada belas kasihan. Allah tidak biarkan hambaNya susah dalam segala hal atau selama-lamanya berada dalam penderitaan. Sentiasa ada timbal balik dalam hidup. Ada susah tapi ada senang. Ada ujian yang menuntut kita sabar dan redha, dan ada nikmat yang menuntut kita bersyukur. Dan itulah kehebatan orang-orang mukmin sebagaimana sabda Baginda Rasulullah SAW. Pada sabar dan syukur, ada ganjaran di sisi Allah.

Tengok aje contoh sahabat saya tadi, walaupun diuji terpaksa berpisah daripada suami tapi waktu bersalinnya kebetulan dengan masa cuti sekolah dan suami dapat berada di sisi. Babynya pun saya lihat baik aje, tak banyak kerenah dan senang diurus walaupun terpaksa sendirian menjaga anak. Dan daripada segi kewangan pun tiada masalah, duit basic gaji suami atau isteri tidak terusik sedikitpun untuk bayaran pinjaman kereta. Bukankah itu semua dah menjadi salah satu bentuk keringanan yang Allah permudahkan untuk hambaNya? Kita aje yang seringkali terlupa dan sering berkeluh kesah.

Wednesday, April 23, 2008

TINGGINYA NILAI SUJUD

Antara hadith yang menarik perhatian saya seusai membaca al-Quran ialah hadith yang mafhumnya:

Rasulullah saw bersabda: Perbanyakkanlah sujud. Sesungguhnya tidaklah kamu sujud
untuk Allah dengan satu sujud, melainkan Allah akan tingkatkan darjat kamu,
dan menjaga kamu daripada melakukan kesalahan.


(Hadith Riwayat Muslim)

Bila direnung, sujud bukanlah suatu gerak yang sukar. Malah ianya mudah dan menenangkan. Dan sebetulnya kita tidak perlu berada dalam solat untuk sujud. Di luar solat kita boleh melakukan sujud tilawah dan juga sujud syukur. Kalau sujud tilawah nak kena dengar bacaan atau baca sendiri ayat al-Quran yang mengandungi ayat sajdah. Tapi kalau sujud syukur, kita boleh lakukan bila-bila masa. Memang seharusnya pun kita sentiasa bersyukur atas nikmat Allah yang tidak terhitung ini.

Thursday, April 17, 2008

KITA SERING BERTANYA...

This is not originally mine. It was posted in the e-learning by one of my students.

KITA BERTANYA :
KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?

QURAN MENJAWAB

"Boleh jadi kamu membenci sesua tu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." - Surah Al-Baqarah ayat 216

KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

QURAN MENJAWAB

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. "

- Surah Al-Baqarah ayat 286

KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?

QURAN MENJAWAB

"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."

- Surah Al-Imran ayat 139

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan). "

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"

- Surah Al-Baqarah ayat 45

KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?

QURAN MENJAWAB
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ?
- Surah At-Taubah ayat 111

KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

QURAN MENJAWAB

"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal. "

- Surah At-Taubah ayat 129

KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!

QURAN MENJAWAB

"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."

- Surah Yusuf ayat 12


KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?

QURAN MENJAWAB

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

Tuesday, April 15, 2008

UCAPAN WIDA' RASULULLAH SAW

"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.
"Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.
"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.
"Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
"Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.
"Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
"Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur'an dan Sunnahku.

"Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu."

Sunday, April 13, 2008

SUNGGUH ENGKAU MAHA PEMURAH YA RABB


Rasulullah SAW bersabda:

“Sesungguhnya Allah ‘Azza wa Jalla berfirman kepada ahli syurga: Wahai ahli syurga! Lantas mereka menjawab: Labbayk Rabbana wa sa‘iduka wa al-khayr fi yadayk. Allah berfirman lagi: Adakah kamu berpuas hati? Lalu mereka menjawab: Bagaimanakah untuk kami tidak merasa puas hati ya Rabbana, sedangkan Engkau telah menganugerahkan kepada kami sesuatu yang tidak pernah diberi oleh seorang pun makhlukMu? Allah berfirman lagi: Bagaimana sekiranya Aku mengurniakan kepada kamu sesuatu yang lebih baik dari itu? Mereka bertanya: Apakah lagi yang lebih baik dari itu? Allah berfirman: Aku halalkan untuk kamu keredaanKu sehingga Aku selepas ini tidak akan murka lagi kepada kamu selama-lamanya.

(Hadith Mutaffaq ‘alayh)

Hadith yang saya baca seusai membaca Surah al-Hijr membuatkan perasaan saya berbaur dengan keinsafan tentang sifat Allah yang Maha Pemurah dan Maha Kaya. Betapa layanan yang diberikan untuk hamba-hambaNya yang layak menjadi penghuni syurgaNya sungguh istimewa. Bayangkan betapa bahagianya menjadi penghuni syurga… Keberadaan mereka di syurga disambut sendiri oleh Allah dengan seruan Wahai Ahli Syurga. Bukan itu sahaja, Allah malah bertanya kepada hamba-hambaNya yang lulus ujianNya sewaktu di dunia, sama ada mereka berasa puas hati dan senang dengan apa yang telah mereka perolehi sebagaimana yang telah dijanjikan sebagai ganjaran kepatuhan dan ketaqwaan mereka kepadaNya. Dan sungguh penghuni syurga bukanlah manusia-manusia tamak dan tidak tahu bersyukur. Malah jawapan mereka cukup beradab dan kata-kata mereka diatur tertib. Apakah lagi yang diinginkan kalau mereka telah memperolehi sesuatu yang tidak pernah tergambar di fikiran mereka, yang tidak pernah diberikan oleh yang lain selain Allah. Namun Allah yang Pemurah masih menawarkan sesuatu yang lebih baik dan lebih hebat sebagai ganjaran untuk mereka. Ya Allah, sungguh kami hamba-hambaMu ini amat kerdil di sisiMu yang Maha Kaya dan Maha Memiliki segalanya... Tidak tergambar di fikiran penghuni syurga tentang adanya sesuatu yang lebih baik daripada apa yang telah dianugerahkan kepada mereka. Dan sungguh apa yang Allah tawarkan amat-amat ternilai melebihi segalanya... Apa lagi yang sangat diingin dan diharapkan oleh seorang hamba kalau bukan keredaan Allah. Bukan sekadar keredaan tetapi dihalalkan keredaanNya dengan janji bahawa mereka tidak akan menerima murka Allah selama-lamaNya. Ya Allah, dengan limpahan rahmatMu, jadikanlah diriku, ibu bapaku, datuk nenekku, adik-adikku, keluargaku, guru-guruku, sahabat-sahabatku, dan semua orang yang kusayangi serta seluruh orang beriman sebagai penghuni syurgaMu ya Allah...

Friday, March 14, 2008

ADA KALANYA DI LUAR KAWALAN KITA

Dalam kehidupan ini, banyak perkara bukan dalam kawalan kita. Ikutkan hati rasa geram dan rasa nak marah. Namun apakah kesudahannya? Dua kali fikir, ianya bagaikan muhasabah untuk diri. Bahawa manusia ini hanyalah hamba Allah yang lemah.



Thursday, March 13, 2008

Kemenangan adalah Ujian dan Amanah Bukan Kekuasaan

Setelah memperolehi kemenangan besar pada pilihan raya umum ke-12, pimpinan PAS Kelantan akan terus berusaha menjaga kemenangan tersebut dengan sebaiknya.

Pesuruhjayanya, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau mengharapkan agar semua pihak akan menjaga sebaiknya amanah yang diberikan rakyat kepada PAS untuk terus menerajui negeri serambi mekah itu sejak 18 tahun lalu.

"Kita mesti menjaga sebaik-baiknya anugerah ini dan tidak mudah lalai dan leka dengan nikmat yang dikurniakan Allah," ujarnya pada sidang media sebaik mendapat keputusan pilihan raya ke-12 di Pejabat Badan Perhubungan PAS Kelantan, 8 Mac lalu.

Tegasnya, sejak dilantik menjadi Menteri Besar pada 1990 lalu, beliau sentiasa ingat bahawa kepercayaan yang diberikan rakyat merupakan amanah Allah supaya melaksanakan segala dasar Islam.

"Kerajaan di dunia ini bukan kita yang punya, jangan pandai-pandai buat undang-undang dan peraturan hidup sendiri yang menolak hukum Allah," katanya.

Dalam pada itu, beliau tidak lupa untuk merakamkan ucapan penghargaan kepada rakyat Kelantan khususnya jentera parti yang telah bertungkus lumus bekerja untuk mempertahankan kemenangan Islam di Kelantan.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua rakyat Kelantan yang telah bekerjasama bagi memastikan Islam terus memerintah, khususnya kepada jentera parti yang telah bekerja keras. Semoga semuanya diterima Allah sebagai amal boleh di sisiNya," katanya lagi.

Mengulas mengenai tohmahan yang selalu diletakkan kepada kerajaan PAS Kelantan, Mursyidul Am PAS itu berkata sebelum ini kerajaan pusat diterajui Umno-BN tetap melaksanakan projek pembangunan di negeri itu meskipun ia berada di bawah kepimpinan kerajaan PAS.

"Ini membuktikan bahawa kita tidak perlu menukar kerajaan bagi membolehkan kerajaan pusat menyalurkan bantuan ke negeri ini," ujarnya lagi.

Dalam pada itu, beliau turut melahirkan rasa terkejut dengan keputusan pilihan raya kali ini yang baginya di luar dugaan.

"Memang saya terkejut sungguh, ini semua kuasa Allah yang merupakan 'tsunami politik' pada tanah air kita," ujarnya.

Ujarnya, Barisan Alternatif yang terdiri daripada PAS, KeADILan dan DAP menerima kemenangan ini dengan penuh rasa hormat.

"BA terima kemenangan dengan pernuh rasa hormat, serta yakin dengan Allah kerana tidak ada sesuatu pun yang boleh lawan kuasa ALlah walau pelbagai usaha dilakukan.

"Melihat kepada pelbagai usaha untuk menumbangkan kepimpinan Islam di Kelantan, saya berasa agak sukar. Tetapi kuasa Allah mengatasi segalanya dengan memberi kemenangan ini," tegasnya.

Beliau turut berpesan kepada pimpinan dan petugas parti yang diberikan kemenangan agar bersikap khusyuk dan tawadhu' dengan apa yang sedang dikurniakan Allah sebagai tanda kesyukuran.

"Kita yang menang, jangan ada sikap berdendam. Sebaliknya kena khusyuk dan tawadhuk bila berdepan dengan kemenangan ini," katanya mengakhiri sidang tersebut.

Friday, March 07, 2008

Siapa Kita Untuk Mengengkari PerintahNya

In Sha' Allah, Ada Jalan Keluar


Ayat ini sering jadi penghibur tatkala diri dalam kebuntuan. TAQWA dan TAWAKKAL. Dengan rahmat Allah, ujian yang ada cuma hadir untuk seketika. Tapi kemudiannya kita sendiri akan insaf bahawa ada hikmah yang berupa kebaikan telah diperuntukkan untuk kita. Tapi sifat manusia tetap tidak sedar diri, suka berkeluh kesah...

DHUHA


Dalam kekalutan mengejar masa dan tertekan dengan kerja, tidak ramai yang mampu meluangkan masa seketika untuk bermunajat kepada Allah. Walhal waktu Dhuha agak panjang. Namun itulah antara sifat kita sebagai hamba yang masih tiak sedar diri. Selalu berkira dengan Allah. Walhal sepanjang detik Dia kurniakan peluang dan ruang untuk kita mengumpul mata ganjaran di sisiNya...

Friday, February 29, 2008

CINTA


Ini bukan tulisan saya. Tersimpan dalam pen drive, rasanya menarik untuk dikongsi. Semoga penulisnya mendapat ganjaran berterusan selama mana ada insan yang memanfaatkan tulisannya.


Remaja dan cinta - dua perkara yang bagaikan sudah sebati. Rasa cinta yang bertandang di dalam jiwanya tanpa diundang. Keinginan itu tidak payah dipelajari dan dicari. Lelaki inginkan cinta wanita dan begitulah sebaliknya. Walaupun kadangkala ia cuba dilawan, namun rasa “ajaib” itu datang jua. Apalagi kalau cinta itu disuburkan, maka makin marak dan menggilalah jadinya. Bila cinta mencengkam diri, makan tak kenyang, tidur tak lena dibuatnya. Sedemikian indah dan damainya syurga, namun Nabi Adam a.s. berasa kesunyian dan inginkan teman. Lalu Allah ciptakan Siti Hawa dari tulang rusuknya. Dan kita anak cucu pewaris rasa cinta itu akan sentiasa rasa terpisah dan gelisah selagi tidak bersama dengan yang dicintai.

Rasa Cinta Tak Salah

Lalu hati remaja selalu berkata, apakah salah kami bercinta? Ya, rasa cinta memang tak salah. Ia adalah fitrah semulajadi yang Allah kurniakan kepada setiap manusia. Ingin cinta dan dicintai. Jiwa manusia memerlukan cinta seperti jasadnya perlukan makanan. Oleh kerana cinta adalah fitrah, maka tentulah tidak salah merasainya. Namun Allah tidak kurniakan rasa cinta secara polos begitu sahaja. Dia juga mencipta peraturan cinta demi menjaga kemurniaannya. Peraturan inilah yang kerap dilanggar. Rasa cinta tidak salah tetapi kesalahan selalu berlaku sewaktu menjalinkan hubungan cinta. Di sinilah remaja selalu terjebak. Cinta terlarang adalah cinta yang menafikan peraturan Allah. Ketika itu fitrah telah menjadi fitnah. Bila kehendak semulajadi tidak disalurkan atau diisi mengikut peraturan maka akan berlakulah kekalutan dan kemusnahan.

Mengapa perlu ada peraturan cinta? Jawabnya, kerana Allah mencintai manusia. Allah inginkan keselamatan dan kesejahteraan buat manusia melaksanakan keinginan fitrah semulajadinya. Keinginan tanpa peraturan akan menyebabkan banyak kemusnahan. Begitulah hubungan cinta – cinta yang terlarang, akan membawa banyak implikasi negatif dalam kehidupan. Pengalaman sudah pun mengajar kita jangan sekali – kali bermain cinta, nanti terbakar diri. Sudah banyak tragedi yang berlaku akibat hubungan cinta yang membelakangkan Allah.

Cinta yang terlarang adalah cinta yang sudah dicemari oleh kehendak nafsu dan kepentingan diri. Keindahan cinta yang sudah tercemar ini tidak tahan lama. Sudah dapat yang dihajati, sudah terlaksana apa yang dikejar, cinta akan terkulai dan bersepai.

Hubungan cinta jangan dicemari oleh sebarang tindakan menyalahi syariat. Lebih banyak perlanggaran hukum berlaku, lebih tinggilah risiko kemusnahan yang akan berlaku. Jangan kita tertipu dengan pesona cinta yang dihiasi pelbagai janji dan sumpah setia. Jangan kita mabuk dengan rindu dan asyik yang membuai dan melenakan. Seteguk kita minum dari cinta terlarang, racunnya meresap membunuh akal, jiwa dan perasaan. Pada ketika itulah cinta dikatakan buta. Maka butalah mata hati dan mata kepala hingga seseorang akan menjadi hamba kepada siapa yang dicintainya. Ketika itu hati tidak nampak yang lain kecuali apa yang dicintai. Lupalah diri pada Pencipta cinta kerana terlalu asyik dengan cinta yang dikurniakan-Nya. Bagaimanakah perasaan agaknya, jika seseorang begitu leka dengan hadiah hingga terlupa bersalam danberterima kasih dengan pemberinya?

Pohon Cinta Terlarang

Allah kerap dipinggirkan dalam hubungan cinta yangterlarang. Hukum-Nya dilanggar bukan kerana rasa bersalah tetapi dengan rasa manis dan megah. Tangan kekasih dipegang walaupun jelas Allah mengharamkan sentuhan antara lelaki dan wanita yang bukan muhram. Tergamak berdua – duaan di tempat sunyi walaupun sudah diperingat Nabi bahawa dalam keadaan begitu syaitan adalah pihak ketiga. Lebih dari itupun banyak yang berlaku. Semuanya seolah – olah halal hanya kerana cinta. Racun – racun berbisa yang memusnahkan cinta telah dianggap sebagai baja. Akhirnya pohon cintaterlarang pun berbuah. Buah yang pahit, masam dan memabukkan. Buah yang muncul dengan pelbagai jenama yang aneh dan menjijikkan – bohsia, bohjan, buang bayi dan zina. Ketika itu indahkah cinta?

Peraturan cinta bagi tanda – tanda dan lampu isyarat di atas jalan raya. Kereta diciptakan dengan kuasa untuk bergerak, tetapi pergerakkannya perlu diatur dan dikawal. Jika tidak, dengan kuasa itu akan berlakulah perlanggaran dan pertembungan. Begitulah cinta, ia adalah kuasa tetapi kuasa itu perlukan peraturan dan kawalan. Apakah peraturan – peraturan dalam hubungan cinta?

Hendaklah cinta kita berdasarkan kepada cinta Allah. Ertinya, cinta yang kita berikan kepadanya semata- mata kerana mengharapkan keredhaan Allah. Allah memberi kita fitrah itu lalu kita niatkan dengan fitrah itu boleh menghampirkan diri kepada – Nya. Cintailah sesiapapun, tetapi pastikan cinta itu dapat memudahkan kita mencintai Allah. Sehubungan dengan itu, cinta antara lelaki dan perempuan mestilah diniatkan untuk Allah.

Soalnya bagaimana?

Iringilah dengan niat untuk berkahwin itu lebih memudahkan seorang lelaki dan perempuan menyempurnakan agamanya. Oleh itu, usahlah bercinta sekadar untuk bersuka – suka. Lebih buruk lagi janganlah ada niat –niat jahat dalam bercinta sama ada didorong oleh hasutan nafsu atau bujukan syaitan. Jika tidak ada niat untuk berkahwin, cinta sudah pasti bukan kerana Allah. Hakikatnya cinta itu adalah cinta terlarang yang akan membawa kemusnahan. Cinta jenis ini seburuk namanya – Cinta Monyet!

Putus Cinta

Hendaklah dipastikan semasa menjalin hubungan cinta tidak ada hukum Allah yang dilanggar. Antaranya, tidak ada pergaulan bebas, tidak ada pendedahan aurat, tidak ada pengabaian perkara asas seperti meninggalkan sembahyang, puasa dan lain – lain. Hubungan cinta jangan sampai terjerumus dalam perkara yang melalaikan
dan merugikan. Maka, remaja tidak seharusnya mengeluh , “Cinta apa namanya ini jika tidak ada dating, perbualan telefon maraton, surat cinta, sentuhan tangan, kerlingan dan senyuman?” Tidak salah jika bertelefon..tidak salah berutus surat.. jika mengikut batas – batas..dan diseliti dengan amal ma’ruf…

Yakinlah, tidak ada keindahan dengan melanggar peraturan Allah. Putus cinta dan kecewa bercinta yang begitu dominan dalam kehidupan remaja adalah disebabkan racun – racun cinta yang disangka baja ini. Justeru banyaklah cinta yang gagal disambung di alam perkahwinan dan lebih banyak putus tanpa sempat menempuh perkahwinan.

Allah Maha Mengetahui dan Maha Menyayangi. Segala peraturan – Nya dibuat dengan rasa cinta terhadap hamba – hamba-Nya. Cinta suci mampu tumbuh tanpa semua itu. Dan cinta itu pasti akan membawa ke gerbang perkahwinan untuk bercinta lagi dengan seribu keindahannya. Bahkan jika diizinkan oleh takdir-Nya, cinta itu akan terus bersambung ke alam akhirat, suami yang soleh dan isteri yang solehah akan bercinta lagi di syurga. Ketika itulah fitrah akan menjadi anugerah.

Thursday, February 28, 2008

SPEECH OF THE TREE


This picture I took from my friend's blog. That's his own poem. Hope he doesn't mind I took it without his permission. It's a waste not to share such a beatiful poem with others.

Monday, February 25, 2008

MENGAPA DOA TIDAK MAQBUL?

Ketika Ibrahim bin Ad'ham (seorang ahli tasawuf) berada di pasar Basrah, telah dikerumuni beliau oleh orang ramai, di antaranya ada yang bertanya: "Ya Aba Ishak! Gelaran bagi Ibrahim bin Ad'ham mengapakah kami memohonkan doa kepada Allah, tetapi tidak dikabulkan doa kami?"

Ibrahim bin Ad'ham menjawab: "Kerana hati kamu telah mati disebabkan sepuluh perkara:

1. Kamu mengenal Allah, tapi kamu tidak menunaikan hak-hakNya.

2. Kamu mengaku bahawa kamu cinta kepada Rasulullah saw, tetapi kamu tinggalkan sunnahnya.

3. Kamu telah membaca Al-Quran, tetapi kamu tidak beramal menurut Al-Quran.

4. Kamu telah makan nikmat-nikmat Allah, tetapi kamu tidak tunaikan syukurnya.

5. Kamu telah berkata bahawa syaitan itu musuh kamu, tetapi kamu tidak menentangnya.

6. Kamu telah berkata bahawa syurga itu benar adanya, tetapi kamu tidak beramal untuknya.

7. Kamu telah berkata bahawa neraka itu benar adanya, tetapi kamu tidak lari daripadanya.

8. Kamu telah berkata bahawa mati itu benar adanya, tetapi kamu tidak bersedia baginya.

9. Kamu bangun dari tidur lalu ceritakan keaiban manusia, tetapi kamu lupa keaiban kamu sendiri.

10. Kamu mengubur mayat-mayat saudara-saudara kamu, tetapi kamu tidak jadikan pelajaran bagi mereka.

Friday, February 22, 2008

LESSON FROM THE PAST

Many were the Ways of Life that have passed away before you: travel through the earth, and see what was the end of those who rejected Truth (Ali Imran 3: 137)

Thursday, February 14, 2008

MELABUR DI ASN DAN ASB

Dari dulu saya teringin nak melabur di ASN atau ASB tapi terhalang sebab tahu bahawa ada aktiviti pelaburan di tempat yang tidak halal. Kesalnya kerana ia adalah pelaburan bumiputera yang majoritinya Melayu Muslim, dipegang juga oleh pihak pengurusan yang beragama Islam. Baru-baru ini, Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan fatwa menyatakan keharusan melabur di kedua-dua tempat tersebut. Saya dah mula tersengih dan berangan nak membuka akaun pelaburan baru. Ingatkan ASN dan ASB telah menamatkan pelaburan di tempat-tempat yang tidak halal, tapi rupa-rupanya tidak...Fatwa harus yang dikeluarkan adalah atas asas MASLAHAH... Tak apalah...Bagi sesiapa yang nak meneruskan pelaburan, silakanlah... Selagi termampu, saya tetap mengambil sikap ihtiyati, adalah lebih baik untuk saya berhati-hati dalam perkara yang syubhah. Nampaknya saya terpaksa menunggu lagi, moga ada perubahan dalam sistem. Moga mereka-mereka yang memegang tampuk pengurusan tidak hanya mengutamakan soal keuntungan berganda semata-mata.

Ini saya petik dari laman www.zaharuddin.net

______________________________________________________________________________

KUALA TERENGGANU 3 Feb - Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam hari ini memutuskan bahawa hukum melabur dalam Skim Amanah Saham Nasional (ASN) dan Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) adalah harus.

Pengerusi Jawatankuasa Fatwa, Prof Datuk Dr Abdul Shukor Husin berkata, hukum bagi pembayaran dividen hasil pelaburan kedua-dua skim berkenaan juga adalah harus.

"Dengan sebab itu kita merasakan bahawa masyarakat Islam tidak perlu ragu-ragu lagi terhadap status melabur di dalam skim ASN dan ASB," katanya kepada pemberita selepas Majlis Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam kali ke-80 di sini hari ini.

Turut hadir adalah Setiausaha Jawatankuasa Fatwa, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz.

Sumber


ULASAN UZAR

Ramai yang bertanya respond saya, ada yang suka dan ada yang keliru. Apa pandangan saya?, Pandangan saya adalah anda tidak perlu keliru lagi dan orang awam boleh menyertainya dan Fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Negeri Selangor yang dipimpin oleh bekas Muftinya iaitu Al-Marhum Dato' Hj Ishak Baharom telah terbatal akibat keputusan ini.

Orang ramai adalah harus menyertai ASB dan ASN disebabkan majlis fatwa kebangsaan telah mengesahkan kehalalannya dan menanggung apa jua urusan berkaitannya di dunia dan akhirat. Ini adalah satu perkara biasa yang ditanggung oleh para ulama, sama juga seperti Majlis Penasihat Shariah yang ada di Institusi Kewangan Islam.

Kesannya, apabila telah wujud fatwa umum sebegitu, kini ia terpulang kepada masing-masing untukmembuat keputusan sendiri, ia sama seperti logo JAKIM. Siapa yang ingin bergantung kepadanya, adalah harus dan siapa yang ingin membuat kajian lanjut dan bersikap lebih berhati-hati, pandai-pandailah memilih yang lebih selamat. Itu saja.

Saya juga telah hubungi seorang S.S Mufti, beliau kata hujjah utama Majlis Fatwa adalah "MASLAHAT". Ini beerti majlis fatwa bukannya mengesahkan sistem dan cara pelaburan ASB dan ASN yang sedia ada tetapi ia diluluskan atas dasar 'Maslahat' atau kepentingan ramai (mungkin kerana terlalu ramai orang Islam yang telah terlibat dan fatwa mengharamkan akan mengakibatkan kekalutan yang tidak tergambar), hasilnya ia difatwakan harus. Apa lagi ingin dikatakan jika itu hujjahnya.

Namun begitu, perlu diingat sepatutnya Maslahat ini sepatutnya adalah suatu tekanan yang amat sukar untuk kita hindarinya disebabkan ia bukan di dalam bidang kuasa kita, seperti penggunaan 'fiat money' yang tidak disandarkan kepada emas dewasa ini. Ini benar-benar dianggap maslahat kerana Malaysia sahaja tiada kuasa untuk influence dunia dalam hal ini, malah sistem ekonomi dunia sekarang ini amat sukar dibentuk menuruti corak yang dikehendaki oleh Islam.

Adapun, dalam perkara yang kita sendiri ada kuasa untuk mengubah dan menukar sendiri kerana ia dalam milik dan kekuasaan kita, dan kita yang awal-awal dahulu menyertai atau menganjurkan sebelum menyemak status Shariahnya, kemudian apabila sudah terhantuk baru ingin berselindung di balik hujjah maslahat. Tatakala itu, menggunakan maslahat sebagai hujjah amat boleh diperdebat dan dipertikai kerana kita sendiri berkuasa mengubah sistemnya (jika kita inginkan), walaupun jika ubah secara beransur-ansur.

Jika dinyatakan "mana nak letak dana berbillion jika dikeluarkan?". Jawabnya tak perlu keluarkan tapi adjust aqadnya biar tepat dengan third party guarantee. Betulkan cara pembahagian untungnya, nisbah pelaburan di tempat yang haram digunakan buat manfaat umum seperti highway tanpa toll, manakala pelaburan halal di serahkan kepada individu pelabur dan macam-macam lagi cara. Jangan malas berfikir jika ingin selamat di akhirat kerana Islam agama membaca dan berfikir. Al-Quran dimulakan dengan "Iqra'

Saya akui di sana ada maslahat kerana begitu ramai yang terlibat dan jumlah wang yang terlibat begitu besar, tapi tiada maslahat untuk terus menggunakan sistem sedia ada kerana ia boleh diubah seperti apa yang sebut di atas., biar untungnya berkurangan sedikit asalkan halal dan berkat.

Mufti yang saya hubungi juga berkata ahli majlis fatwa berjaya dipengaruhi dengan alasan, sebab yang disampaikan oleh wakil PNB yang membentang. Namun begitu, mufti ini memaklumkan kepada saya pihak PNB disyaratkan menubuhkan majlis Shariah khusus untuk mereka sebagaimana bank-bank Islam dan takaful. Ini satu perkembangan yang bagus!!..

Saya dan kita mengharapkan majlis Shariah akan datang ini akan dapat membuat sesuatu perubahan dan pembaikan terhadap sistem yang sedia dengan 'modification' yang wajar bagi memastikan sistem yang menepati Shariah. Tatkala itu ia tidak perlu lagi menjadi 'harus' atau 'halal' hanya bergantung kepada hujjah 'MASLAHAT' yang agak longgar.

Akhirnya, tiada halangan sesiapa yang ingin terima atau tolak ulasan saya. Tidak perlu diluahkan kata benci dan marah, saya cuma nak tolong beri nasihat.

Bila 37 % di letakkan di tempat yang amat jelas haramnya.ia pasti ada hasil dalam dividen anda. Nabi s.a.w kata :-

إن الله إذا حرم شيئا حرم ثمنه

Ertinya : Sesungguhnya Allah apabila telah mengharamkan sesuatu maka akan haram jugalah harga jualan (keuntungan yang terhasil dari yang haram) (Ar-Rawdu Al-Murabba', 2/30 ; Riwayat Ibn Hibban, 11/312)

Jika dikatakan kita perlu jaga maslahat kebaikan yang terhasil ini, maka kita juga perlu sedar 37 % itu menyokong industri riba dan mengukuhkannya. Kaedah Fiqh menyebut :-

أن درء المفاسد مقدم على جلب المصالح

Ertinya : "Sesungguhnya menolak keburukan itu lebih patut didahulukan dari tujuan untuk mendatangkan kebaikan" ( Al-Muwafaqat, As-Syatibi, 3/190 ; Hasyiah S-Syarwani, 3/188)

ANTARA DUIT DAN KERJA

Menghadiri meeting pagi ni buat hati rasa sebal. Bukan tidak suka bila dibuat review pasal pembayaran elaun kerja yang katanya masih belum pernah direview semenjak 12 tahun. Cuma apabila masing-masing galak menuntut itu dan ini, membuatkan diri bermuhasabah. Apakah dengan bayaran yang ada, amanah telah dijalankan dengan sempurna? Kalau kerja dibuat secara cincai, tidak malukah kita di hadapan Allah nanti bila dipersoalkan tentang amanah dan tanggungjawab? TUntutlah kalau nak tuntut. Itu memang hak kita. Namun jangan dilupakan soal amanah, dan tiap jam yang dipertanggungjawabkan untuk kita bekerja. Upah yang diterima adalah untuk kerja yang dilakukan.

Monday, February 11, 2008

PROPHET IBRAHIM A.S. AND THE SEARCHING OF GOD


One night, Ibrahim went up to the mountain, leaned against a rock, and looked up to the sky. He saw a shining star, and told his people: "Could this be my Lord?" But when it set he said: "I don't like those that set." The star has disappeared, it could not be God. God is always present. Then he saw the moon rising in splendor and told them: "Could this be my Lord?" But it also set. At daybreak, he saw the sun rising and said: t "Could this be my Lord, this is bigger?" But when the sun set he said: "O my people I am free from all that you join as partners with Allah! I have turned my face towards Him Who created the heavens and the earth, and never shall I give partners to Allah." Our Lord is the Creator of the heavens and the earth and everything. He has the power to make the stars rise and set. Ibrahim then heard Allah calling him: "O Ibrahim!" Ibrahim said trembling: "Here I am O my Lord!" "Submit to Me! Be a Muslim!" Ibrahim fell on the ground, prostrating and crying, he said: "I submit to the Lord of the universe!" Ibrahim kept prostrating until night came again. He got up and went back to his home, in t peace, full of conviction that Allah has guided him to the Truth.